KEK LAPIS DELIMA ZAMRUD..

P1300870
Salam.......persiapan raya dah siap semua?..Mat macam biasa2 saja lah, persiapan pun hanya untuk menerima kunjungan tetamu dan sedara mara terutama mereka2 yang jauh, waris2 kami. Hmmm, makin nak hampir pada Syawal tiba2 perasaan rasa sebak lah, ntah lah mat ingat macam2, mood pun tak berapa nak stabil. Kalau waktu macam ini tahun lepas, arwah abang mat pun sibuk melakukan persiapan hari raya untuk kelurga dia, tahun ni itu semua tinggal sebagai kenangan...huhu, kalau lah tahun depan mat gebu pulak tak de.......selamat tinggal semua yea. (v_v) . Kali ni mat nak kongsi resipi kek lapis. Tahun ni mat buat 2 jenis kek lapis saja. Niat malam tadi nak melapis juga, tapi keadaan tak mengizinkan, pening pala dan rasa letih jeee...huhu...tapi takpe nanti mat nak melapis juga, lepas2 raya, selagi ada tetamu kan...

P1300866
Kek lapis ni sebenarnya mat pernah buat dulu, tapi yang ni mat oter sikit. Rasanya sedap, lemak dan lembap. Satu keistimewaan kek lapis ni kan, bila anda mula melapis, kerajinan akan datang secara semula jadi. Rasa macam gian sangat. Teruja pun yea nak melihat hasilnya nanti. Kalau tak caya cer tanya mereka2 yang melapis...kan Sunah <----wajib lah melapis, sebab Sarawak mari...erkk hehe. Ok lah, sebelum mat jadi tak berapa rajin, jomm kita semak resipi...Oh yeaa satu tips untuk mengelakkan kemalangan jalan raya..anda tidak seharusnya mengikut cara sorang pemandu ini---> di sini.....perghhh dasar tak hengat!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega (mat guna S C S)
250 gram tepung Hong Kong
50 gram serbuk santan
200 gram gula halus
10 kuning telur*
4 putih telur*(*guna telur gred A)
200 ml susu sejat (mat guna jenama IDEAL)
1/4 cawan air
1 1/2 camca besar ovallate
1 camca teh pandan paste
1 camca teh esen vanilla
Kelapa kering secukupnya
Ceri merah dan hijau secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega hingga kembang dan putih. Ketepikan. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus bersama ovallate, putar hingga rata. Masukkan kuning telur + putih telur tadi dan putar hingga rata, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.
  2. Satukan tepung HK dengan serbuk santan, kacau rata. Susu sejat pula dicampur dengan air, kacau rata. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu cair tadi, hingga habis. Kemudian masukkan pulak mentega tadi, putar hingga sebati.
  3. Bagi adunan pada 2 bahagian sama banyak. Satu diletak dengan pandan paste, kacau rata dan satu lagi diletak esen vanilla, kacau rata. Sediakan tin kek berukuran 8 x 8 x 3 inci, sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 190C guna api atas dan bawah..
  4. Masukkan tin tadi dan biar panas selama 2 minit. Keluarkan dan sudukan 4 camca besar adunan pandan, ratakan dan bakar hingga masak (kurang lebih 4-5 minit), keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, jika ada gelembong udara, cucu dulu dengan lidi sate, lapis sekali lagi dengan adunan pandan, tabur sedikit kelapa kering atas adunan tadi rata2. Masukkan dalam oven dan bakar hingga kuning keemasa, kali ni guna api atas sahaja (mat guna api grill dan letak loyang pada aras ke-2 dari rak bawah oven dan suhu mat turunkan jadi 160C), selama 3-4 minit.
  5. Keluarkan dan tekan perlahan. Sudukan pulak adunan vanilla, bakar hingga masak, kemudian lapis sekali lagi dengan adunan vanilla dan susun ceri merah dan hijau (mat guna 4 biji ceri merah dan 4 biji ceri hijau, mat belah 2 setiap biji dan tekan sedikit bagi rata sebelum disusun pada adunan vanilla tadi). Sambung bakar.
  6. Ulangi proses tadi hingga selesai, setiap lapis gunakan 4 camca besar adunan. Setiap lapisan ke dua adunan pandan ditabur kelapa kering dan setiap lapisan ke dua adunan vanilla disusun ceri merah dan hijau. Biar kek suam sekejap sebelum dikeluarkan dari tin. Biar sejuk atas jaringan sepenuhnya sebelum dibungkus rapi dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Post a Comment

9 Comments

  1. siyes rupa dia macam kek lapis kaca permata... yang mak saya selalu kukus.. letak ceri jugak... hehehe

    ReplyDelete
  2. @ sunah - waaaaaaaaaaaaaaaa........ pcm kira derhaka lah kann yang ni..haha

    ReplyDelete
  3. sedapnya.......................tapi tiba tiba macam salah alamat je cik mat, tiffinblue>bloglovin?

    ReplyDelete
  4. cantik.. kemas je.. dah tentu sedap.. selamat hari raya ;)

    ReplyDelete
  5. Tak nak makan kek ni. Nak juak Delima tu.heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  6. papa..citer la..skndal ngn bro ben

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya aidil fitri, minal aidil walfaizin. Maaf zahir dan batin diatas segala terkasar bahasa serta terlanjur bicara disepanjang persahabatan. Ikhlas drp blog akauanakpahang.

    ReplyDelete
  8. if terlupa letak overlatte ape jadi ekk

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.