AYAM KUNG POA UNTUK BERSAHUR.

P1300664
Salam morning semua, buat apa tu, sangap2 nampak. Ok pagi ni nak share satu lagi resipi yang pernah mat buat dan letak entrinya di DTS. Satu masakan mudah dan senang, sedap dihidangkan panas. Resipi ni dulu mat buat ikut resipi dari blog Kak Ina KL...geng masak2 dan geng kolek antik. Sedap dengan rangup gajus serta rasa sedikit kemanisan bersama haruman ayam yang diperap bersama sos tiram dan lada sulah serta tepung jagung. Masakan ini juga sesuai dihidangkan waktu sahur. Bila kita memasak, kita kena pandai merancang, eh..bukan kerja2 dipejabat sahaja perlu perancangan, memasak juga sama. Secara jujur, mat memasak sambil ber on-line..YM pun mat on dan ada kala menjawab soalan2 dari mereka yang bertanya, tapi tak semestinya kita cuai dan mengabaikan apa yang kita buat, kenalah seiring, tak semestinya sambil berchat atau sebagainya, kita terus leka tanpa melakukan kerja2 yang sepatutnya kita bereskan...betul tak?..Semua ini bergantung pada keadaan kita and how you handle your work....kann....hmm ok lah cerita banyak pun tak guna..Jom mat share resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan toskan*
1 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh lada sulah*
1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kering2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
1 1/2 camac besar sos hoisin
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. Kacau rata.
  2. Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas...

Post a Comment

10 Comments

  1. esok petang aku nak masak ni mat...

    petang ni buka kat kedai steamboat...

    ReplyDelete
  2. sos hoisin tu ape DTS? nak cube la

    ReplyDelete
  3. cik mat,semalam guru besar kita tanya,nak masak apa ya utk berbuka.
    saya bukakkan blog pcm dekat dia
    pastu dia ckp nk msk bihun tomyam..hehe

    ReplyDelete
  4. saya nak try jugaklah..mcm best

    ReplyDelete
  5. Mula2 aku ingt ko typo tau..
    kot2 salah..'ayam kung fu' ka..'ayam kung tau' ke...rupanya mmg ayam kung poa eh...kekekekekek

    ReplyDelete
  6. simple tp sedap

    nk buat mse cuti kang

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.