ASAM REBUS BENDI DENGAN UDANG.

P1290950
Syukur alhamdulillah, lega sudah dada ku, tak de rasa sakit, tadi mat minum air halia 1/2 gelas, hmm, rasa berasap kejap body, lepas 30 minit, rasa angin keluar dan pedih ulu hati berkurangan. Untuk kali ni mat letak resipi senang je, asam rebus bendi dengan udang. Tekak ni kalau kurang sehat memang nak makan yang masam dan lite2, kuah pun biar encer saja tak mo pekat. Yang ni mat buat sedikit masam dan hanya letak daun kunyit. Tambah cili padi dalam 10 biji bagi enhance rasa pedas, tapi tak bukan menyenggau sangat. Satu yang mat suka resipi macam ni, ianya mudah nak masak, cepat dan semua orang makan, jadi tak payah lah nak masak pelbagai menu...Ok, mat kasi tulis resipi dia yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 tangaki kacang bendi muda (jenis kontot2)
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "maggi"
800 ml air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji cili merah
10 biji cili padi merah thai
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang bahan kisar halus ke dalam periuk, masukkan air, kiub ikan bilis dan asam gelugor, jerang hingga mendidih. Masukkan udang dan bendi. Biar hingga bendi lembut.
  2. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan juga daun kunyit, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Post a Comment

11 Comments

  1. tergugat org yg sedang berpuasa...sedapnya!

    ReplyDelete
  2. sedapppnya.....terus terasa lapar =)) pergghhhhh

    ReplyDelete
  3. makanan mcm ni la yg duk saya selalu msk akhir2 ni untuk mak yg sakit...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... da kurang sakit ye pcm...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semoga CMG kembali sihat spt biasa.

    Sony Xperia Itu Jd Milikku

    ReplyDelete
  6. kalo masak cam ni bubuh tempoyak, agaknya okay tak CMG? eee kecur lak! hehehe

    ReplyDelete
  7. kalau takde udang pun sedap jugak kan...yum yum yum..

    ReplyDelete
  8. cik mat, cepat sembuh ya...dah dekat ramadan ni kalau sakit susah nanti.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.