P1280374
Assalammualaikum, bertemu kembali dengan mat gebu. Petang tadi tak de apa2 entri, hmm memang mat malas nak buat apa2 petang tadi penat, letih dan hmm malas nak cerita. Ok lah, kita bercerita pasa hari ni, lepas maghrib tadi laksanakan satu resipi tertunda, resipi derhaka katanya. Pernah mat bercerita pasal resipi ni dengan Puan Azila, kalau tak silap, dann terlaksana sudah..legaa. Mat ada kata lama dulu nak buat roti JAWI...ishh belum terlaksana juga hmm, nanti lah bila ada waktu yang sesuai..

P1280379
Menghasilkan 14 biji muffin saiz sederhana, bilangan tu bergantung pada saiz muffin cup yang anda guna. Selain buah kuini, anda juga boleh gantikan dengan buah mangga. Yang ni semua tak de dah kat dapur mat, tadi dah asingkan 3 ketul untuk kami makan, yang lain bagi kat anak2 buah. Rasa dia sedap, wangi dan moist. Satu mat nak pesan, bagi yang baru nak berjinak2 membaking tu, sila ikut resipi, bila anda dah berkeyakinan boleh lah derhaka sikit, jangan pertama kali cuma, terus derhaka, bila hasil tak memuaskan, mula rasa hampa dan kecewaa...hmm malas nak bebel...Ok resipi time...jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur gred A
30 ml susu segar
50 gram isi buah kuini, cincang halus
Sedikit hirisan buah kuini segar sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar hingga putih. Tambah cincangan buah kuini tadi. Putar sebati.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis, gaul rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam bekas yang telah disiapkan tadi, letak sehiris buah kuini segar atasnya, buat hingga siap, bakar 25 minit hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..