P1280053
Assalammualaikum, terlebih dahulu mat mohon maaf, patutnya ni n3 jam 2.30 tadi tapi kan tenet mengong, mat dan set auto post, rupanya kan line tak de nkoo..aku nya frust. Lepas Jumaat tadi pi pulak beli barang2 dapur sekejap. Bi;a dah sampai tu jadi lah tak berapa nak kejap. Kadangkan mat terfikir juga, membeli barang dapur ni perlu cermat kan terutama dari segi pemilihan barang. Ok berbalik pada N3 hari ni, ianya masakan ekspress sebab kan hari Jumaat, jadi kena masak cepat sikit..Kita tengok menu hari Jumaat yang serba ringkas dan paling utama, its a typical kampung delicacies...very authentic okehh!!...


Paling mudah, simple dan kena makan cepat, sudah pasti sayur taugeh, mat tumis dengan udang dan cendawan, letak juga sedikit sos tiram, yang ni kena masak pantas dan dihidangkan segera, Sebelah tu pulak ialah pucuk "bebuas", celur sedikit dalam air bergaram, toskan dan boleh dimakan bersama sambal belacan atau sambal air asam budu...kegemaran mat, ben pun suka ulam nihh...rasa dia kan ada pahit2 lemak..


Dann mat goreng juga ikan kembong, tapi guna kunyit basah yang ditumbuk dengan 2 ulas bawang putih dan sedikit garam kasar, lumur pada ikan dan perap sekejap. Goreng hingga kuning keemasan, tapi jangan garing sangat, kasi isi dia lembap2 sikit, yang tu terpulang lah yea pada selera masing. Bila dah ada masak2 kampung yang bersantan, kenalah ada sambal belacan. Mat guba cili padi dan cili merah, serta belacan yang dibakar. Tumbuk hingga halus, letak secubit gula. Bila nak makan, perah jus limau kasturi....hmmm


Hmmmm, sebab ini lah mat buat yang atas2 tu semua, mat masak lemak labu manis dengan kacanng panjang..mengikut tertib kita orang2 melayu, kalau dah ada masak lemak labu, kenalah ada sambal belacan dan juga ikan masin @ ikan goreng. Kira depa ni sedara 3 serangkai. Jadi itu lah saja N3 kali ni, insya allah, kalau mat ada masa, malam nanti mat letak satu lagi yeaa..huhu, time soo ketat lah today..sesak nafas ku ini...apa2 pun N3 kali ni takde resipi mat sertakan, tapi boleh lah cari di blog DTS ini yeaa..Salam sayang dari DTS-MAT GEBU.....