P1270414
Salamm semua, lewat lah masukkan N3, mana taknya, jam 10 lebih baru sesi pengambaran berlaku. Kek ni cuba basic sponge cake tapi jenis ada pemantap atau ovallate. Darinya anda boleh buat kek yang disalut buttercream atau apa2 jenis lagi ikut kreativiti. Kek ni asalnya mat dapat dari buku Alex Goh. Resipi asal gunakan mentega cair, mat ganti dengan minyak canola. Kalau guna mentega mesti lah sedap kan, tapi malas nak cairkan mentega..huhu, tak pe, minyak pun ok, kalau guna minyak kelapa sawit pun tak hal punyaa..

P1270422
Nampak macam slice cheese cake pulak kan...erkk si mat, kalau mata dah kelabu, nampak bukan2 jeee. Tapi paling bess..paling seksi, mesti lah stoberi ituu.haha, haipp!!..bukan kita tukar2 punya yeaa...tapi itu Korea mari..sedap sikit dari CH nya, rasa dia ada sikit manis2..kalau CH, masaamm sehhhh. Ishh bila lah agaknya mat nak cuti, dari berblog ni.. Penat gak tau, dapur tak yah kata lah kecahh gila...pstt..cuba try masuk blog ni... cun koo gambar2 dia, prop pun kemas kan main....tutup blog lah mat gebu lepas ni!!...ehem ehem..

BAHAN-BAHANNYA :-)
160 gram gula halus
15 gram ovallate
5 biji telur gred B
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (mat guna minyak canola@jagung)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.
  2. Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  3. Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
  4. Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan. Boleh dihidangkan...