P1270644
Assalammualaikum, hmm jemu tak?..tak kan..lauk ulang tayang lagi. Tak kesah lah, dah orang suka makan, mat masak kan saja, kalau kita tak nak, makan lah apa2 yang suka, kicap dengan bawang pun ok juga, i likee!!. Pagi di TV3 jam 10.30 pagi ada satu rancangan baru masak berjudul "Dapur Nyonya"...mat suka lah, dan pujian harus diberi pada pihak media prima amnya dan TV3 khusus nya kerana mengambil iniseatif menerbitkan rancangan dapur nyonya. Benda2 warisan macam tu perlu di beri suntikan baru, sebab kalau bukan pihak2 media berbuat demikian, lama kelamaan ianya akan pupus, nak tengok kena pi muziun. Bak kata arwah Kak Endon, isteri Pak Lah...Nyonya culture it a living art...atau seni yang hidup...Tahniah mat pada Chef Florence Tan....Jangan lupa tengok minggu depan yea..Sebelum tu cuba anda singgah blog dia ni, kira banyak info nya blog ....sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan saiz sederhana (besar pinggan 9 inci)
1 biji nenas madu saiz sederhana
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
Air secukupnya
3/4 cawan cili kisar

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
2 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari, dipotong pada saiz sederhana, mat potong 6 bahagian untuk seekor ikan, cuci bersih dan perap dengan garam dan jus limau kasturi selama 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Nenas dikupas, buang empulur dan hiris serong. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan ikan, nenas dan jus asam jawa. Biar mendidih perlahan.
  3. Tambah bunga katan, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (mat tambah sedikit serbuk perasa). Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...