RINGKAS TAPI MENYELERAKAN....SETUJU?..

P1260647
Salam semua, jumpa lagi dengan N3 ringkas dan mudah dari dapur mat gebu. Cuaca panas2 ni kan, lagi sedap kalau makan jenis sup atau masak tumis air. Kali ni mat masak tumis air kentang + telur + fucuk + cendawan black fungus dan soo hoon, senang, ringkas dan cepat. Lepas tu goreng ikan, ada sambal belacan dan sedikit ulam2..dahh settle, kena dengan nasi panas pulak..penggsann yeaaa. Kalau nak letak udang boleh, nak campur bebola ayam pun boleh, tak kesah, ikut kehendak hati memasing....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 kentang saiz sederhana, kupas dan belah 8 setiap biji, rendam
5 keping cendawan black fungus segar, potong dan rendam
Fucuk secukupnya, mat guna 1 keping saiz sederhana, potong dan rendam
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1 kiub ikan bilis "Maggi"
3 biji telur gred B
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
Air secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan masak sekejap. Tuang air secukupnya, anggaran 3 cawan. Bila mendidih, masukkan fucuk. Kacau rata.
  2. Perlahan kan api, dan pecah kan telur ke dalam kuah, satu per satu, pastikan ianya tidak bertindih. Masak hingga telur keras, kacau berhati2. Masukkan cendawan dan soo hoon (toskan), tambah garam secukup rasa. Masak sekejap.
  3. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam, dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidang segera dengan menaburkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng.

Post a Comment

12 Comments

  1. okay.... nak keluar sekarang! cari sup yang sama mcm ni. huhuhu.....

    ReplyDelete
  2. tak stuju hahaha

    nak kene belasah ngn sifu..

    erk dah tau kan cik mat jd pelakon?

    gosip sss ngn ab tu?

    ReplyDelete
  3. suami saya suka masakan ni...simple tapi sedap katanya..

    ReplyDelete
  4. setuju sesgt...simply delicious.. my family feveret :-)

    ReplyDelete
  5. cik mat!! macam tau2 je saye sakit...uwaaaaaaaaaa mau sup macam tu..tp nak kena ada sambal belacan hehehehe

    ReplyDelete
  6. sedap nih.. sll gak buat lately coz hubby tgh diet.. miahaha.. tp byk kan sayur lg.. bg dia mkn itu jer tanpa nasi..

    ReplyDelete
  7. sedappp!!mkn bmangkuk2 pn xsedar hehehe..

    ReplyDelete
  8. uhhuu,kami slalu buat gni cik mat,klu dh sengkek sgt xde lauk.wahahha

    ReplyDelete
  9. Salam CMG, nasib saya dah siap makan tengah hari perut tengah kenyang :)
    New Entry "Tiada nafsu kat lelaki kerana kucing :("

    ReplyDelete
  10. mkn dgn smbl kicap pun layan ni..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.