Salam semua....mendung dan berangin kat Sedenak sekarang ni, tanda2 nak hujan pun yea juga. Kali ni resipi yang ringkas saja, sebab mat masak pun sempoi gila tengah hari ni, bukan apa. Tiba2 kan rasa penat nak masak, jemu pulak..tapi tu lah, bila tak masak, rasa macam kitaran satu hari tu tak cukup, macam kurang saja. Hari ni tekak teringin nak makan bendi yang digoreng dengan telur dan diperencahkan dengan heybey atau udang kering. Lepas tu mat tumbuk sekali 5-6 biji cili padi..perghh berasap telinga. Kita orang2 melayu ni makan mana boleh lari dari "pedas" kannn.. Walaupun semua orang reti masak yang ni, mat letakk juga resipi dia..
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
1 camca besar jus asam jawa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah*
7 biji cili padi merah Thai*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk lumat)
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA ;-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
1 camca besar jus asam jawa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah*
7 biji cili padi merah Thai*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk lumat)
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA ;-)
- Bendi hiris serong nipis2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air.
- Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut. Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng..
16 Comments
nmpk senang..dan menyelerakan..
ReplyDeletesimple2 pun sedap sebenarnya..=)
saya tak makan bendiii.. hmm.. buat hailamm ^^
ReplyDelete*khailan~
ReplyDeletesdappp :D
ReplyDeletesuke bendi !
ringkas tapi sedap. saya pun suka.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterliur~
ReplyDeletenyummy...laporrr..
ReplyDeletefirst time singgah sini dr segmen abg ben kerana de blogger jadikan kamooo blog kesayangan diaa..wahh!! blog ini hebatt!!
hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
boleh cirit mkn nie...
ReplyDelete@ meo 188 - hahahahahah....
ReplyDeletepeberet ni.Tapi kalau su suka isi ikan bilis(tumbuk manja2 je) pastu gunakan lada besar.Sedap meratah macam tu je..
ReplyDeletesedap jugak ye..tapi dekat sini, bendi susah nak cari yg fresh la cik mat. banyak dah siap peket tu. xmasyuk macam dekat malaysia. tapi xpe, xlame lagik dah nak balik msia.yeay!!
ReplyDeletesuami sy suka bendi masak telur ni...
ReplyDeletesaya tak suka bendi #okbai
ReplyDelete:p
perghhh... akhirnye selepas beberapa ketike jadik silent teader...ehem ehem... hye abam Gebu.... (gebu sgt kewwww) :p
ReplyDeletebendi dan telur.
ReplyDeletehu hu hu nak kena cuba tapi x tahu tahun bila . ha ha