AKU MMG GILA TRAFIK..SOO WHAT??...

Salam semua, segmen menarik dan wajib mat sertai, yelah mat gebu bukan suka sangat nak join segmen yang bukan2, aku malas lahh, lagi pun bukan ada bakat nak menulis ke, nak bebel ke..kalau bakat "SKANDAL" tu aku ada laah (kalau nak aku tolong promot, anytime, bagi mereka yang "rasa" perlu lahh). Tertarik dengan segman Ben ni sebab dia ada suruh coretkan kesah "kematian"..kalau tak sebab tu, mati hidup balik pun tak hingin aku nak join..sori...Ben ok kan?..koo pun kata aku laser dulu, so memang kenyataan lahh (gurau, jgn sentap)..

Kematian memang menginsafkan kita, tapi sampai berapa lama, bila tiba masa seronok, terus lupa dah..bila datang kematian seterusnya...insaf lah sekejap barang seminggu dua, lepas tu bila kena pujuk pi clubbing, cuci2 mata dengan aweks seksi segala, merempit haram, terus kematian jatuh no. 2..tah-tah nombor corot..(ni bukan nak perli, hanya untuk mengingati diri sendiri). Dalam kehidupan mat gebu sepanjang usia aku 35 tahun ni, 3 kematian waris2 terdekat telah mat lalui, tapi yang pasti semangat aku tak "mati" (insya allahh). Tahun 1986, perginya datuk mat, Hassan Bin Jampuk....seterus nya 1997 pergi pulak bonda sedara mat, beliau ibu tunggal dan menetap bersama kami..

Terbaru tahun lepas 8 December 2010, satu lagi kematian yang begitu meruntuhkan semangat ku, bila abang mat yang no. 3 meninggal secara mengejut dalam usia 41..disyaki serangan jantung..Sejarah kesihatan beliau agak baik cuma dia merokok, hmm nak jadi sebab kan, tapi sayu sungguh bila melihat anak2 beliau dan juga isteri arwah pada masa tu hamil 2 bulan. Tapi mat rasa puas hati dapat turut sama memangku dan memandikan jenazah. Detik2 terakhir yang paling mat insaf sangat2 bila wajah arwah ditutup dengan kain kafan setelah kami melihatnya untuk kali terakhir...Ego ku cair ibarat ais di tengah terik mentari air mata tidak dapat di bendung, sekental mana anda sekali pun, tiba saat itu anda pasti akan kalah...tapi sebagai muslim, keredhan itu amat penting kesah nya ada di sini dan di sini.....Moga roh mereka2 dicucuri rahmat..al - fatihah....

Post a Comment

18 Comments

  1. al fatihah...

    hidup pasti akan bertemu mati....

    ReplyDelete
  2. al-fatihah

    semoga arwah ditempatkan di kalangan org yang dikasihi-Nya

    ReplyDelete
  3. al-fatihah.

    yang hidup pasti akan mati cuma tunggu masa dan waktu sahaja.

    ReplyDelete
  4. al-Fatihah..cukuplah mati itu sebagai peringatan...

    ReplyDelete
  5. Huhuuuu....al Fatihah utk mereka yang sudah tiada di muka bumi ini...

    ReplyDelete
  6. Al fatihah buat mereka yg telah pergi... kematian itu pasti pd setiap yg hidup.

    http://ummi-ieraakmal.blogspot.com/2011/03/aku-salute-dengan-lelaki-ini.html

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah...
    kematian tu akan dtg juga,cuma kita tak tahu esok,lusa,bulan depan,tahun depan....

    ReplyDelete
  8. alfatihah buat arwah ...
    Allah lebih sygkan mereka kan pakcik mat ..

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah.. moga roh mereka tenang di sana.. n moga ditempatkan bersama golongan org2 soleh, iA.

    ReplyDelete
  10. akak dapt mrasa cmana mat rasa .
    satu2nya anak llaki akak mningal dunia kmalangan slepas habis belajar di UTM sekudai..adoi..tuhan aja yg tahu..

    ReplyDelete
  11. Salam CMG, jgn sampai kena saman polis traffik sudah :)
    Entri Terbaru "Isteri Robot"

    ReplyDelete
  12. Al-fatihah buat arwah... Semoga dicucuri rahmat dan diberkati Allah...

    ReplyDelete
  13. nice entry...

    jom ktahui plbagai info mngnai dunia n akhirat di blog prince....

    ReplyDelete
  14. Salam Mat, sy juga telah melalui saat menyayat hati, terlalu pedih utk ditanggung. Pemergian ahli keluarga tersayang satu demi satu. 1st nenda tersayang kembali ke rahmatullah, selang 1 tahun bonda saudara pula, selang 2 bulan ayahanda saudara pula and yg paling memilukan selang 2 bulan ayahanda tercinta pula pergi utk selamanya. sehingga kini saya masih belum dpt menerima kenyataan abah telah tiada. Al-Fatihah buat ayahanda tersayang...AMIN

    ReplyDelete
  15. untuk pengetahuan MG, saya dah lali org dok cakap gila trafik ni. siap ada blogger hentam abes2an kat entry dia..
    entah warna apa 'hati' blogger tu...hitam sgt kot dok dengki kat kita ni...kerja keras tak nak pulak!

    so kita persetankan semua tu...yeah!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.