Selamat tengah hari, huhu, malas nya nak masak, tu pasal mat buat kway teow kari terus merangkap makan tengah hari. Biasa lah mat gebu akan manfaatkan apa yang ada. Kway teow ni baki yang mat goreng dan buat mee sup..tahan kan..hmm mat sebenarnya simpan dalam freezer, ikat elok2 dan simpan, bila nak guna, masukkan dalam microwave kurang lebih 5 - 6 minit pada medium-high, nanti dia akan lembut macam yang baru beli, tak patah2 pungg, lepas tu guna lah dalam resipi anda. Mee kuning pun boleh buat macam tu, cuma syaratnya mesti kena bungkus masa masuk dalam microwave, tak boleh dedah..
Nampak kejam dan menggoda tak?..Hmmm, kalau gambar no 1 tu tak nampak kway teow dia, sebab terselindung dek aksesori yang mewah, jadi gambar no. 2 ni mat sepit dengan chopstick pas tu ambik gambar...eh..eh..eh...notty udang tu ikut sekali terinterprem, mat masak untuk aku sorang je makan, sebab yang lain tatau mana pi tah...jadi depa tu balik nanti makan lah nasi, mat ada lah masak 1 - 2 jenis lauk yang biasa.. nanti share kemudian yeaa..sekarang ni kita semak resipi ni dulu....Ini boleh makan kurang lebih 2 orang...BAHAN -BAHANNYA :-)
8 keping hirisan daging batang pinang
1 keping fish kek, hiris nipis
1/3 cawan isi kerang
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 kelopak kobis, hiris sederhana kasar
1 biji tomato saiz sederhana, dipotong 6
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk halus)
3 cawan air
3/4 cawan susu sejat "Ideal"
1 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
Kway Teow secukupnya
Hirisan daun kuchai
Bawang goreng
Limau kasturi (aku boleh lupaaa, cehhh)
Tauhu, goreng dan hiris
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan tuang sedikit air, masak hingga terbit minyak. Masukkan daging dan bila daging kecut, tuang air secukupnya. Biar mendidih.
- Masukkan sos ikan, udang, fishcake dan kerang. Tambah kobis, tomato dan perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali tuang susu sejat. Kecilkan api dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Masukkan secukupnya kway teow dalam bekas sesuai, tuang kuah bersama isi2nya, kemudian hias dengan tauhu, hirisan kuchai, bawang goreng dan juga belahan limau kasturi., boleh hidangkan..
16 Comments
owwhh... kue tiaw saya suka, kari pon saya suka.. combined pon saya suka... thumbs up..!!!
ReplyDeleteyeahh..memang kejamm
ReplyDeleteperghhhh!!! sedapnye.. dh la ina tgh lapa ni.. bel0m lunch lagi... mintak ckit....
ReplyDeleteselalu tgk mee kari jer...ari nie jom layan kway teow kari plak....
ReplyDeleteI like Mee or Kuey Tiaw Kari So Much..Aku Hantu Kari.
ReplyDeletebila nk buat open house nie..grrrr
ReplyDeletewaaa..ni da sdp tahap gile da ni...haha..pndi ye mkn pki chopstix..hehe
ReplyDeletebestnye..nk ckit...
ReplyDeletehantaq mai sabah sepinggan....
ReplyDeletesedappnya..my peberet koewtiaw...
ReplyDeletenak sepinggan CMG....
Salam Cik Mat,
ReplyDeletekue tiaw ni alternatif bagi yang tak boleh makan mee kari..kerana alahan dengan mee kuning itu.
Bagus Cik Mat share resipi ini..Baru la ramai yang tahu kue tiaw pun sedap apa dijadikan kue tiaw kari
terliur tengok!!!!!
ReplyDeleteche mat...saya pulak semalam buat mee kari tp guna mee kuning laa...tengok kue tiaw che mat...adoiii..sedap laa plak..kuah karinye ada lagi lebih semalam..kena beli kue tiau le balik ni..hihihihi
ReplyDeleteBesttu....lama x amkan kari ni.
ReplyDeletebest tu
gulp meleleh air liur den nengok...huh sanggupkah aku berpuasa karbo nih...godaan..godaan..dugaan
ReplyDeletenyum nyum
ReplyDelete