CONDENSED MILK CUP CAKE...PROMOT BLOG 16.

P1250336
Selamat tengah hari, masa N3 ini mat tulis, mungkin mat tidak on9. Pagi tadi jam 5 mat bangun dan melaksanakan satu misi penting, kalau aku tak buat ni, sah, memang tak pergi lahh beraya cina nampak gaya. Adat kita orang2 melayu, pergi bertandang tak sikit banyak angkut juga buah tangan. Jadi mat cuma sempat buat Condensed milk cup cake, resipi asal kat sini tapi telah ku ubah gaya nya. Yelah kan, bayangkan kalau pi, dah lah hangkut balik macam2 benda dengan limau, kacang2, "ang pau" lagi, jadi luu pikir lah sendiri beb, at least ada buah tangan tak de lah rasa bersalah sangat...betul tak?.. Ok semalam ada sorang blogger muda ni mat promot kan blog dia..kita lihat siapa yeaa...

Alahh haii comeyynyaa blog, nama pun comey "Puteri Katek"..erkk, mula2 baca ingat puteri katak. Sorry yea nak, pakcik mat kan dah tua, tu yang tak berapa perasan mula2nya.. Blog kiut ni kalau anda ada masa boleh lah singgah, kita bagi sokongan pada blogger2 muda...klik sini yeaa...buat puteri katek, rajin2 update blog yea nak....

Ok jom semak resipi...mat tulis versi penuh, kalau kat sini dulu, versi 1/2 adunan..ok layannn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
240 gram mentega berkualiti tinggi
240 gram tepung kek (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh baking powder
90 gram gula halus (mat guna 75g gram saja)
1 cawan susu pekat manis
4 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, satukan tepung gandum dan baking powder, gaul rata dan ayak. Campur garam halus dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga rata dan kembang, masukkan susu pekat manis dan putar rata. Tambah esen vanilla.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Akhir sekali, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati dalam adunan.
  4. Sudukan 1/2 lebih sikit dalam setiap paper cup, bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

Post a Comment

9 Comments

  1. mmg bnyak gile resepi..

    nak muntah2 nak habiz kn 1 1..
    suke2

    ReplyDelete
  2. che mat, meh jenguk SINI...haha~ jangan marah na baca komen diorang~ :p

    ReplyDelete
  3. cantiknya bakul!! cheq ni memang hantu bakul.
    Untung sapa dapat cupcakes tu, they look so good.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih Cik Mat kerana tolong promote blog saya. Saya ada buat n3 penghargaan khas beserta ucapan untuk Cik Mat..jemput baca ya.

    http://melurjelita.com/
    melurjelita.com » Blog Archive » MELUR JELITA DALAM ENTRY CIK MAT GEBU

    ReplyDelete
  5. wah .. macam best ni encik mat. blh cuba nih. Erkkk .. nak on oven pun takut, ni kan pulak nak baking-baking. hihi ..

    ReplyDelete
  6. terima kasih pakcik mat...hehehe....terharu pulak org puji blog saya :D

    ReplyDelete
  7. uncle mad, jez nk tau...adakah resepi ni same dgn yr condensed milk pound cake resepi? jez wanna confirmation...:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.