ROTI POKET.....ala.....MAT GEBU

P1250159
Selamat pagi, saja nak share sarapan pagi tadi, sebenarnya roti poket ni mat nampak "Mama Zieza" buat dan dia letak di FB, juga diblog beliau... Lepas tu Mama Fami pulak buat, bila mamafami buat, mat gebu mesti nak juga try, mana boleh jadi kan, semua pakat buat dan tayang, apa koo ingat aku tak de perasaan ke, tapi sori yea, ada sikit derhaka tang inti dia tu....wahh, si mat statement sikit nya kontroversi. Jadinya hari ni merajinkan diri mencuba, hmmmm malas nak komen apa, sebab memang sedap...Lagi2 bila curah itu "Cheezy Sauce" atas dia, oh yea cheezey sauce tu produk bumiputra, buatan Puan Ummi, satu peket tu berharga RM 12 saja, dan ia berupa serbuk, bila nak guna just bancuh dengan air suam, ikut kepekatan yang anda ingin kan. Jika nak rasa boleh lah call "Atur" Puan Ummi - 011323145 atau boleh singgah di FB beliau di sini.....

BAHAN ROTI :-)
6 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti, mat guna kaler kuning

BAHAN INTI :-)
2 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air

BAHAN LAIN :-)
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan kacau rata. Masukkan daging burger yang telah dihancurkan, kacau. Tuang baki air dan masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.
  2. UNTUK ROTI :- Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper, potong bentuk bulat (mat tekan guna tupperware bulat saiz 4 inci), alihkan dan buat kaedah sama pada baki roti tadi. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan toskan.
  3. UNTUK ROTI POKET :- Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya, susun timun, kemudian tomato dan kobis. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip sos kegemaran dan hidangkan segera....

Post a Comment

19 Comments

  1. warghhh..sangat teruja..lagi2 ada cheesy sauce...sedaaaaaaaaaapppppp!!!!

    ReplyDelete
  2. menu sarapan yang mengujakan di pagi hari.. hehe

    ReplyDelete
  3. mat!!!..buat lapar jer...!!!hukhuhukuik

    ReplyDelete
  4. nyum3.. mmg terliur la.. nmpk sdp sgt.. hee~

    ReplyDelete
  5. wah...musti cubee ni..hihihi...hubby msti syuke=)

    ReplyDelete
  6. wahhhh....nmpk menyelerakan... bleh wat bekalan anak p skolah neh :)

    ReplyDelete
  7. thanx CMG sbb wat dla lapar..hehe..ade jual ek cheezy sauce tp mesti ssh nk jmpe kan..

    ReplyDelete
  8. waduh!ropa sos keju tu memang wat diriku cair sekali..hahaha

    ReplyDelete
  9. br je nk wat entri pasal roti gardenia poket ni..heheehe...tgk2 abg mat dh buat..good good!*gaya upin ipin* ^___^ simple, tp ble dh msk dpt perut mmg sedap! sesuai utk pegi piknik2 resepi ni..

    ReplyDelete
  10. best nih.pagi2 tgk gmbar roti ni dah berbunyi2 perut.hihi =D

    ReplyDelete
  11. wah..comelnye...
    cm best je nie..leh cuba nt..hihi

    ReplyDelete
  12. helo cmg, tmkasih for the simple recipe. saya memang sentiasa mencari2 resepi di blog awak dan mlm ni saya buatkan sandwich yg simple ini utk anak saya. cuma kurang sempurna sbb serbuk roti x ada. jadi roti gardenia biasa saja. anyway, tmkasih from your silent reader, zumaira.

    ReplyDelete
  13. Dah try jugak cuma inti guna isi ayam...masak ngan mayonis...lazat sungguh...

    ReplyDelete
  14. Waah..resepi yg menarik..blh cuna ni..

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.