ROTI JOHN...ala...MAT GEBU

P1250137
Salam Jumaat, nak cepat ni, tak leh lelama, belum masak lagi, tapi apa pun kasi sarapan sat, skip makan pun tak pe lepas tu, alah mat gebu tak makan setahun pun orang tak sangka aku tak makan, sebab dok macam tu siaa..gebu..hehe .Ok tadi blurr tatau apa nak sarapan, tanya kak ummi, kak, roti john bes tak?..dia kata besss....terus ni mat pi tengok apa yang ada. Hmm, bahan2 rasanya ok, cuma tang roti tu tak dak lahh... Apa ada kesah, kan kita buat dia, aku belasah je guna roti benggali yang jenis roti paun tuu...menjadi juga tapi dah tak de macam roti john laa, apa2 pun nampak seksi gak kan, mengiurkan juga... Bro Framestone tadi siap tanya, menu sarapan, aku kata nak pi beli kueh kat kedai kak mariah carey seberang jalan ni, tapi kensel laa..sebab sah2 kueh semua dah habis...eh u all tak join lagi ke "Sahabat Blogger"..adehh, cepat joinn, boleh promo2 blog masing2 sambail buat sessi soal jawab...apa lagi tunggu klik sini... Ok jom tengok macam mana resipi Roti John ala Mat Gebu nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping daging burger (ni je yang ada kat rumah)
1 biji saiz sederhana bawang holland, cincang
1 camca besar rata rempah kari daging
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus
2 pelepah daun sup, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
1 biji telur, dipukul sedikit
4 keping roti sandwich (mat guna roti benggali)
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan daging burger tadi, gaul hingga sebati. Tuang sedikit air jika perlu.
  2. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau. Masak hingga kering. Matikan api dan masuk hirisan daun sup dan daun bawang, gaul rata. (kalau rasa nak letak garam pun ok, tapi daging burger dah masin). Biar sejuk. Masukkan telur dan gaul rata.
  3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Tuang 1/2 bahagian no.2, ratakan sedikit. Bila kelihatan hampir masak, letakkan 2 keping roti menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
  4. Berhati2 terbalikkan dan biar bahagian roti sedikit peerang. Bila ok, boleh angkat. Hias dengan hirisan kobis, timun dan tomato, paipkan sos kegemaran sebelum dihidangkan...

Post a Comment

16 Comments

  1. sedap betol roti ni abang mat.. dah la tengah lapau ni.. heheh

    ReplyDelete
  2. oh tidakkkkkk! lapar serta mertaaa!!!

    ReplyDelete
  3. nak cuba la resepi ni En. Mat. Anak kakchik mesti suka ni.

    nnti dah try test kakchik bagi tau En. Mat best ke tidak ye. Hihi ..

    ReplyDelete
  4. salam CM...

    Sedapnya roti john tu...

    ReplyDelete
  5. cmG, sedap nye roti john wat sendiri..nk try la nnt :) suke sangat ngan roti john..:)

    ReplyDelete
  6. salam kenalan.. masuk blog ni terus saya jadi sangat lapar.. semuanya sedap..

    ReplyDelete
  7. Salam, guna roti pound pun takperlah Cik Mat.. yg penting tetap menggoda.. ahakz!

    ReplyDelete
  8. aduhhhh...pedih perut nie...dah la perut tgh berdondang sayang...tgk roti john nie lagi la bertambah2 lapar...huhuhu

    ReplyDelete
  9. inilah jugak yg saya plan mlm td nak buat bekpes,sbb nak ngabiskan roti sausage lebih wat oblong rituh tp mata ni xmau bgn awl plak arini..sudahnya terbabasss!!!
    terkocoh2 siap g opis n sempat minum milo je bekpes td..oh sedih...

    ReplyDelete
  10. @ fakar - haha, boleh cuba nanti, tapi jangan terkena kuali panas sudah lah yea nak.

    @ sunah - nampak sedap, rasa memikat, nanti cuba buat yea.

    @ yuyu - waaaaa.alaaa kesiannya, sabar2 yeaa.

    @ kak chik - try jgn tak cuba kak chik, sahh budak2 suka punya.

    @ wanierya - hmmm, takkan nak kata tak sedap kan, sendiri yg buat.hehe.

    @ hafizah - kalau dpt guna roti yg untuk hot dog tu, atau roti perancis, yang ni ok lah tapi saya kurang kenan sikit.

    @ dr mohd hafiz - terima kasih utk dr, sudi singgah ke blog DTS...amat berbesar hati.

    @ ujang - haha, nasib baik tak gila terus.

    @ sari yusa - itu lah bak kata pepatah, rotan tiada akar pun berguna.

    @ shah - erkk, alaaa kesiannyaa.

    @ cik tiniey - sama laaaa.

    @ sue - laaaa, takpe, nanti try roti john ni pula. Okey.

    @ melati - yesssss...haha, ala2 masuk bakul angakt sendiri pulak.

    ReplyDelete
  11. apasal nama ku ada di situ

    jom perkena notebook 3 rasa

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    ReplyDelete
  12. Che Mat..waaaa!!!..ni boleh buat masa bulan posa nih..tq tq tq

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.