P1240866
Assalammualaikum, dahh Isnin lagi, cepatnyaa masa. Ok hari ni mat gebu nak share lauk simple, senang dan sedap. Lauk macam ni lah yang mat sukaa sangat, lagi tu bening betik macam kat bawah ni, ishh lepas makan kan berangin jee koo body, silap2 angin semua keluar, mau tak nya lada hitam kan. Yang atas tu asam tumis terung mat campur dengan ikan pari masin. Nak guna tulang kurau pun sedap. Nak letak serai pun ok, tak pun daun kesom. Tapi mat guna daun kunyit saja....selalunya mat memang guna daun kunyit kalau asam tumis macam tu. Rasa asam dia kena lebih sikit, baru ngammm.....

P1240865
Yang ini pulak, satu lauk yang paling ringkas, mudah dan murah. Kalau orang2 peranakan mereka ada juga sejenis lauk yang guna betik macam ni, dipanggil "Papaya Masak Titik", tapi yang tu lain kali guaa bikin lahh, ni hari nak makan macam ni nya gaya masakan. Betik tu kalau dapat jangan lah muda sangat, pilih yang mengkal2 tapi kelihatan sedikit kemerahan, baru lah ada rasa manis2 ayuu..hehe..Ok sebab ni N3 senang, mat tulis resipi pun yang senang2 siaaaa..Jommmmm...

ASAM TUMIS TERUNG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru
6 - 7 keping keratan ikan masin pari, direndam
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca teh serbuk kunyit

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
5 biji cili padi (optional)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus bersama serbuk kunyit, hingga pecah minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan masukkan ikan masin pari (toskan dahulu). Biar mendidih.
  2. Masuk asam gelugor dan terung. Masak hingga terung sedikit lembut, rasa kuahnya dan jika perlu masukkan sedikit garam, secubit gula dan daun kunyit (nak guna serbuk perasa pun ok). Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan segera.
BENING BETIK....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik saiz sederhana yang mengkal (belum masak sangat)
1 1/2 camca besar ikan bilis, rendam
2 helai daun kunyit, disiat
1/2 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca besar lada hitam, ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Betik dikupas, buang biji dan belah 4 atau 6, ikut saiz betik. kemudian hiris serong sederhana tebal setiap belahan. Cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan semua bahan diatas, kecuali garam, daun kunyit dan gula. Tuang air secukupnya dan jerang hingga mendidih. Masukkan betik, kiub ikan bilis (jika guna) dan masak hingga betik lembut.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kunyit dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin....