Assalammualaikum, salam pagi Sabtu. Maka pada detik N3 ini disiarkan (jam 7.10 am,), pada masa dan tarikh yang sama 35 tahun dahulu, dengan izin Allah swt, Adnan Bin Ibrahim @ Mat Gebu dilahirkan ke dunia sebagai tanda cinta dan kasih ayah dan bonda ku, Ibrahim Bin Rajiman dan Jamaliah Bt Hassan (Abdullah). Mat dilahirkan di rumah, menurut cerita bonda, ada sedikit komplikasi tapi syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar selepas tu. Keempat2 kami adik beradik (mat yang bongsu) dilahirkan di rumah "lama" yang bersejarah dan penuh "misteri" sejak dulu lagi.

Mat tak reti nak tulis laah, hmmm , moga dengan penambahan usia ku ini, akan lebih mematangkan diri, lebih berjaga2 dalam bertutur kata dan memperbaiki kelemahan yang ada. Mat mengaku aku memang sorang manusia yang banyak sangat kekurangan dan kelemahan, tapi disebab kan tak boleh nak hidup dalam keadaan hipokrit dan berpura2, mat cuba jadi diri sendiri dalam apa jua keadaan. Jadi jika apa yang anda baca pada gaya penulisan ku, itu lah diri ku sebenarnya....

Pada kesempatan ini mat ucapkan terima kasih pada mereka2 yang sudi memberi ucapan sama ada di ruangam komen, di blog masing2, di FB dan juga SMS..terharu sungguh ni. Pada Ben Ashaari, Kak Ummi Kuantan, Kalam Hati, Sue Joshua dan Sis_Linn, terima kasih yea pasal N3 anda tu semua...Akhir kata ampon dan maaf jika ada terkasar bahasa, tersasul percakapan mat pada semua, samada di FB, YM atau pun tika memberi komen.....Salam sayang dari DTS-Mat Gebu...