P1240455
Salam semua, berjumpa lagi dengan mat gebu untuk N3 terakhir sebelum tidur, moga allah memanjangkan usia ku supaya dapat menghirup udara segar esok hari, insya allah. Esok mungkin mat akan sibuk sedikit memandangkan majlis tahlil hari ke-7 arwah abang mat akan diadakan. Blog mungkin dikemas kini 1 atau 2 N3 sahaja, itu pun jika mat ada masa. Seperti yang mat tulis sebelum ni, mat tak ambik kesah dah pasal traffic, jika dapat lebih, syukur alhamdulillah, jika kurang pun mat tetap berpuas hati, kalau asyik ingat kan benda2 tu, hilang dah keseronokkan berblog, ke ikhlasan meletak N3 pun macam 50/50 siaaa, yelah takut orang tak datang blog kita sebab N3 tak de yang baru...betul tak?....

P1240459
Sebenarnya mat siang tadi meround2 ke blog kak nor secubitgaram, sekali nampak dia dengan begitu inovatif telah membentuk puff pastry kepada bentuk unik ala2 bun sosej boleh lihat di sini....Terus terpikat. Jadi mat tinjau2 lah peti sejuk, walaupun hati ku lara, dingin dan beku kejung, demi menghilangkan rasa tak keruan, mat selongkar dan jumpa lah 1 pack puff pastry dan 6 batang sosej ayamas bermadu..hehe, apa lagi on lah projek, sebab apa mat bagi nama pastry pokok duit, kerana ianya seakan2 lambang BSN..betul tak?. Sambil2 tu, sempat lagi mat gebu melakukan sessi meluah perasaan terpendam dengan kak ummi kuantan...Terima kasih kak ummi atas kesudian mendengar keluh resah mat gebu yang tah hapa2 nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 batang sosej ayamas (atau pilihan anda, mat ada 6 saja)
10 keping puff pastry jenama KAWAN, bersaiz 4 inci x 4 inci
Kuning telur untuk disapu
Serbuk lada hitam yang baru dikisar
Sos pilihan untuk mencicih


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Puff pastry dibiarkan lembut sedikit, tabur tepung atas meja kerja, ambil sebatang sosej dan ukur dengan puff pastry tadi, canai sedikit puff pastry sehingga sama panjang dengan sosej. Letak sosej di tengah2 puff pastry dan lipat dua, kemas kan hujung puff pastry seperti dalam gambar.
  2. Kerat hinnga putus sosej yang bersalut dengan puff pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar. Kemudian tolak kan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri, buat keadah sama untuk potongan yang lain sehingga mendapat bentuk seperti dalam gambar.
  3. Buat hingga semua siap dan susun atas dulang pembakar. Sapu sedikit kuning telur dan jika suka boleh tabur sedikit lada hitam. Bakar pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran.