P1240661
Assalammualaikum, salam petang Jumaat..hehe, tak de N3 lauk makan tengah hari laa...sebab?...Sebab ni hari pagi2 mat dah masak nasi lemak, tapi mat masak 2 jenis, satu yang biasa2 dan satu lagi yang letak halba, alahh pernah masak dulu kat sini.... Ada cerita sebenarnya kenapa mat tak masak untuk tengah hari. Pagi tadi kak ipar mat menerima kunjungan dari teman2 arwah abang semasa dia menuntut di MRSM dulu, hmmm terharu sangat mat bila tengok mereka masih ingat dan sudi datang dan memberi sumbangan ikhlas. Terima kasih mat ucapkan pada mereka sebagai mewakili keluarga dan waris2 kami. Jadi mat syorkan pada kak ipar mat, kita masak nasi lemak saja. Mat masak nasi lemak dan dia buat sambal dan lain2...wahh bijak tak aku, nak yang senang jee..hahahahaha..

P1240666
Lepas tu, mat masak lah sikit lagi tapi kali ni letak halba. Bukan apa masa pestime mat masak dulu, terus ku terpikat dengan rasanya dan haruman yang begitu mengasyikkan, seperti dibuai mimpi...tuu dia, pengsan kan baca aku tulis, macam mabuk laut!....Psttt..sini kejap, nak tanya, tu tengah gossip set kangkung mat gebu kan..elehhh macam tatau, tapi memang lawa bila kita gunapakai untuk hidang makanan..Jadi sesiapa yang ada tu, silalah guna untuk menaikkan seri masakan dan kebahagian rumah tangga juga, yelah bila suami puji hidangan anda nampak menarik dan lawaa..sahh rasa bangga kannn....mat tak de orang puji pun aku bangga...sebab aku puji diri sendiri...hehehe, keji tak?..

P1240671
Kira hari ni N3 kaya gambar kan...last sekali nasi lemak yang telah mat letak dalam pinggan kangkung beserta timun, telur dan sambal udang...Ringkas jee kan, kalau nak tambah kolestrol, letak lahh kacang goreng, ikan bilis, ayam goreng...nak lagi..tambah paru goreng ada juga yang letak rendang...perghh...lama2 nasi lemak tah kemana, tenggelam dek lauk.. Oh yea sebelum mat akhiri N3 ni, nak war-warkan ada 2 blogger buat peraduan atau contest di blog masing... satu blog Shaofie di sini... dan satu lagi blog Symuzzamir di sini.... Tak lupa dari blog Citarasa Rinduan di sini... Sila lah singgah untuk memeriah kan lagi contest dari mereka... Salam sayang dari DTS - Mat Gebu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
6 cawan santan
1 biji sederhana bawang besar, belah 4
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 inci halia, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh halba, cuci dan toskan
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Timun, dihiris
Telur rebus, belah dua
Sambal tumis,
Ayam goreng (optional)
Ikan goreng (optional)
Ikan bilis goreng (optional)
Kacang tanah goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan beras dan santan dalam rice cooker, masukkan semua bahan2 lain dan garam secukup rasa. Masak seperti biasa hingga nasi tanak. Biar kering dan masak betul2. Karih nasi dengan chop stick, pastikan gaul 3-4 kali saja, kalau lebih gaul nanti beras patah2 tak cantik..
  2. Hidangkan bersama bahan2 sampingan...Sedap dimakan panas.....