Salam morning Khamis semua...apa khabar, semua ok, sehat dan bertenaga?..Bagus...bagus, macam tu lahh kalau nak mulakan hari baru. Siapa2 yang kurang sihat tu, rehat cukup2 yeaa, makan ubat, jangan merayau2 tak tentu hala, nanti bentan...erkk "ben"tan?..Seakan2 nama jiran DTS pulak...erkk..hehe. Ok murtabak maggi lapis ni mat saja buat sebab tak boleh tahan lah tengok benda2 yang bertepek tak habis2...menyemak pandangan mata guaa siaa, jadi kita on kan projek, dah terhasillah N3 ni, alah ni biasa2nya resipi...tak susah punya, anak2 dara pun boleh buat...
Mat guna daging cincang untuk lapisan inti dia. Rasanya kan kalau nak guna ikan tuna dalam tin pun boleh, tu bagi mereka yang tak makan daging. Guna daging ayam pun boleh juga. Kalau nak sedap, boleh makan dengan bawang jeruk yang biasa orang makan dengan murtabak tu. Bila sebut2 murtabak teringat murtabak Singapore yang femes tu, dah tentukan lah dari Restoran Zam-Zam, dulu2kan kalau duduk makan di tingkat atas, nanti boleh nampak Masjid Sultan... Hmm kenangan masa dulu...Ok lah jom semak resipi mudah ni..
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 bungkus mee maggi perisa kari
Inti secukupnya *(*resipi dibawah)
1 biji saiz sederhana bawang holland, didadu
Hirisan cili hijau secukupnya
Hirisan cili merah secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang secukupnya
Serbuk lada hitam
5 biji telur
Garam secukup rasa
BAHAN INTI :-)
15O gram daging cincang
1/2 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
Serbuk lada hitam
4 biji bawang merah,hiris
1 tangkai daun kari
1/2 camca besar penuh rempah kari daging
2 paket rempah kari maggi (yg tersedia dalam pack mee maggi)
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukupnya
1/2 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
Mat guna daging cincang untuk lapisan inti dia. Rasanya kan kalau nak guna ikan tuna dalam tin pun boleh, tu bagi mereka yang tak makan daging. Guna daging ayam pun boleh juga. Kalau nak sedap, boleh makan dengan bawang jeruk yang biasa orang makan dengan murtabak tu. Bila sebut2 murtabak teringat murtabak Singapore yang femes tu, dah tentukan lah dari Restoran Zam-Zam, dulu2kan kalau duduk makan di tingkat atas, nanti boleh nampak Masjid Sultan... Hmm kenangan masa dulu...Ok lah jom semak resipi mudah ni..
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 bungkus mee maggi perisa kari
Inti secukupnya *(*resipi dibawah)
1 biji saiz sederhana bawang holland, didadu
Hirisan cili hijau secukupnya
Hirisan cili merah secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang secukupnya
Serbuk lada hitam
5 biji telur
Garam secukup rasa
BAHAN INTI :-)
15O gram daging cincang
1/2 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
Serbuk lada hitam
4 biji bawang merah,hiris
1 tangkai daun kari
1/2 camca besar penuh rempah kari daging
2 paket rempah kari maggi (yg tersedia dalam pack mee maggi)
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukupnya
1/2 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI :- Daging cincang diperap dengan bahan bertanda (*) selama 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan daun kari hingga harum, masukkan rempah kari bersama2 lada hitam dan sos tomato, kacau dan masak hingga rempah garing. Tambah daging cincang, gaul rata dan tuang air. Masak dengan api sederhana hingga kering, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap lagi, matikan api dan sejukkan.
- UNTUK MURTABAK MAGGI LAPIS :- Celur mee maggi hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak masak. Sediakan bekas bulat berukuran 7 inci, sapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi dengan mentega. Letak separuh mee tadi dalam bekas, ratakan. Letak pula inti dan ratakan, tabur bawang cincang, sebahagian hirisan cili merah/cili hijau dan hirisan daun sup/daun bawang. Kemudian ratakan baki mee tadi.
- Pukul telur bersama sedikit serbuk lada hitam dan sedikit garam. Tuang atas mee tadi hingga penuh. Tekan2 sedikit dan susun baki hirisan cili merah/cili hijau dan daun sup/daun bawang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga permukaannya keperangan. Keluar dan biar suam, hidangkan bersama sos pilihan anda...
20 Comments
DTS:anda cuma mbuat provokasi untuk menduga perut sy ni..bak la sini skit, 4 srpn tghri nti,tak suka srpn pagi2..hehe
ReplyDeletewooww..menggoda..kreatiff!!!
ReplyDeletewowww...kretif la CMG ni...tergoda betoi tengok murtabak maggi berlapis ni....
ReplyDeletesalam En Mat..
ReplyDeletemacam2 idea ada nak masak ye..
ya Allah cik mat. i baru plan nak buat murtabak maggi ni. tak menahan...
ReplyDeletehuiii... ni sah sah sedap banget ni mat! cara2nya tuh ada sikit iras2 makaroni bakar tuna cendawan tuh.. lain cuma tang intinya.. akak dah buat dah yg makaroni tuna tu.. mmg sedap! semua famili kata sedap.. tp lom masuk n3 lagi.. mekasih mat sebab create resepi yg mudah & sedap ni ye..
ReplyDeletemat buat gak mlm tadi tak sempat amil gambar kejap jer dh abis...:) mat mmg kreatif la.
ReplyDeleteooo..cmni carenye,xla susah sgt,,blh cuba..tq!
ReplyDeletesampai meleleh!
ReplyDeletewah! mekasih ya pak resepinya..hahha. Baru cite dgn geng opismate pasal murtabak. Mcm dah tau je kita nak cari...;)
ReplyDeletemak ai!..sosnya yang meleleh tu memang dugaan betul la...
ReplyDeletesedapnye..nktry buatla..
ReplyDeletetq for sharing..
hehehe, sesekali makan best nie. dulu2 mak selalu buatkan
ReplyDeletewalau pun tak susah tapi enak dimakan mat gebu! tq for resipi hari ini. Ish nih buat nak makan tghari nih hehe
ReplyDeleteadeih..meruntun jiwa tul menu ni :) thanks en mat :) nak try la sok :)
ReplyDeletewahh berlapis ke?sedap ni..
ReplyDeletesedapnya.....
ReplyDeletewah siap berlapis-lapis lagi :)
ReplyDeleteanyway, ada sesiapa free jom join lucky draw
http://cintarina.blogspot.com/2010/12/year-end-giveaway-siapa-cepat-dia-dapat.html
lada benggala je takde.. rasa macam menu mlm ni je.. tqs mat..
ReplyDeleteisk..isk..
ReplyDeletestok maggi saye pon dah habis cmg..