P1240726
Assalammualaikum, huhh, lewat betul masuk N3, sebenarnya sambil2 tu mat ada buat benda lain, tu yang leceh gila. Ok tadi tengah hari mat masak gulai labu manis campur kacang panjang. Bila dah masak macam tu, maka kenalah menyediakan pelengkapnya, tak lain tak bukan sambal belacan (pedasss punyaaa!!!) ikan masin sepat goreng dan jeruk petai (penggsannnn!!!), ha baru lah ngam, sebenarnya masakan ni juga merangkap untuk bonda berbuka puasa..mat gebu?..hehe puasa juga, tapi puasa yang yok...Oh yea sebelum mat teruskan dengan coretan seterusnya, saya nak me war-war kan blogger "MatJoe" telah menganjurkan contest di blog beliau disini...Hadiah boleh dikatakan lumayan, tapi tak de lah koo dapat kete atau kapal terbang...Apa2 pun sila lah ke blog beliau untuk lebih lanjut...pstt menang esok jangan lupa belanja mat gebu eks..hehe..

P1240727
Tuu dia gulai labu manis, mat masak 1/2 biji saja, lepas tu campur kacang panjang, kalau nak campur sayur lain pun boleh macam pucuk manis atau pun daun turi. Kali ni untuk menambah keharuman dia, mat letak serai dan juga daun kunyit yang disiat2. Lada hitam pun mat letak, sebab labu ni ada unsur2 sayur sejuk, bila ada lada hitam ianya akan menyeimbangkan keadaan sejuk itu, jadi Yin n Yang dia balance..tak senget..hehe.


Bila dah ada gulai labu, sambal belacan kalau tak de, memang tak boleh, kira cacat hidangan tu. Wajib ada sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng dan terakhir ialah jeruk petai, yang ni optional saja, kalau tak de pun tak pe. Nak ngabis kan tulis N3 ni, mata punya lah mengantuk gilaaa...hadoii berair2 sambil sangap tah berapa kali..huhu...pengsann tau macam ni, nak pekena kopi lahhh...hehe..Mat tulis resipi gulai labu dengan sambal belacan saja yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram labu manis, didadu besar2
8 tangkai kacang panjang, kerat pendek2
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyti, disiat
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
300 ml santan pekat
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan labu, bawang hiris, bawang putih, serai, serbuk kunyit dan santan cair. Kacau rata dan didihkan hingga labu 1/2 empuk. Masukkan daun kunyit dan kacang panjang. Biar mendidih.
  2. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, serta lada hitam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga labu lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain
SAMBAL BELACAN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
25 biji cili padi siam warna merah
1 inci belacan, dibakar
Secubit gula
1 biji bawang merah, dibakar
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas ke dalam lesung batu kecuali limau kasturi. Tumbuk hingga lumat, hidangkan dengan perahan jus limau kasturi sebelum dimakan...