Salam semua, N3 terakhir hari ni sebelum terbitnya fajar Isnin. Mat nak share satu pencuci mulut yang telah ku derhakakan dari resipi puding laici, tapi kan menjadi dengan jaya dan sedapnya. Kebetulan Jumaat lepas kami ke rumah mak engku, dan dia memberi beberapa biji buah mangga yang dipetik dari pokok belakang rumah beliau, habis tu tadi siang buah mangga hampir semuanya masak. Lepas bonda kupas dan didingin kan, mat gebu mulalah berimaginasi sesuatu yang boleh menyejukkan tekak. Selepas di telek, tenung dan berfikir, terlintas nak menerai sesuatu yang memang ada niat untuk diderhakakan. Alhamdulillah syukur, semua berjalan dengan lancar tanpa ada ribut, kilat mau pun petir, maklumlah resipi dehaka kan.
Perasan tak rupa paras dia, yang atas tu belum di make-up, tapi yang ini untuk mat gebu, telah ku peragakan sebaik mungkin untuk disantap sambil menikmati rintik2 hujan yang turun ibarat membawa semua duka lara ku pergi...huhu, lain macam nya ayat, geli pun ada. Rasa dia lemak2 manis, tapi bukan manisss, cuma manis2 buah. Bau harum mangga sungguh mengasyikkan bila disuap ke mulut, nak lagi masa cuaca panas dan puding pulak sejuk..hmmmm, pengsannn...
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Perasan tak rupa paras dia, yang atas tu belum di make-up, tapi yang ini untuk mat gebu, telah ku peragakan sebaik mungkin untuk disantap sambil menikmati rintik2 hujan yang turun ibarat membawa semua duka lara ku pergi...huhu, lain macam nya ayat, geli pun ada. Rasa dia lemak2 manis, tapi bukan manisss, cuma manis2 buah. Bau harum mangga sungguh mengasyikkan bila disuap ke mulut, nak lagi masa cuaca panas dan puding pulak sejuk..hmmmm, pengsannn...
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
- Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
- Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...
14 Comments
OMG..dah mlm mcm ni tgk lak puding mangga posing cantik mcm tu..Buat tekak teringin ja.
ReplyDeleteadeh,,
ReplyDeletecik mat godaku..
cair-cair....... dengan pujuk raju cik mat..meremang pun ada..
heheheheh..
cik mat...mai hantar sepiring...layan ujan dgn puding memang syok oooo
assalamu'alaikum...
ReplyDeletehuhu encik mat...
puding yang menggoda...
bestnya...
terima ksih sudi berkongsi...
tiba-tiba mengidam pulak....
ReplyDeletepagi2 buto ni sejuk ja tekak tengok.. erkkk..pengsannnnnnnnn
ReplyDeletenice blog...
ReplyDeletegebusssnya puding manggo ni,tak tahan nengok aiihh..telioq giler che matG
ReplyDeleteperrghh..mengancam tol, ni klu kat Perlis lma da p petik mempelam kat blakang umah...huhu, Anyway, cayalah mat gebu, klu da terer, derhaka resepi lagu mna pon ttp menjadi pujaan hatiku..hahaha
ReplyDeleteSalam Mat,
ReplyDeleteKalau puding...apa2 perisa pun akak mmng suka sangat...ini lagilah perisa dan buah mangga segar lagi....uishhh sedap betul....makan smpai syok gitewwww....
Salam abgMat...mmmm buka pepagi ni tengok puding mangga mmg mengoda dbuatnya..makan pagi2 pun sedaaaaap..anak2 mmg tak pk 2-3x la kalo nengok ni..
ReplyDeletesalam En Mat.. terliur dah ni .Nak satu
ReplyDeletenanak!!!
ReplyDeletemangga kt rumah ni dh byk yg masak.bagus cik mat kasi idea ni! =)
ReplyDelete*dh taruk watermark kt tgh2.hrp xdela penyamun nk mengedit lagi pasni ye..
salam ibh...
ReplyDeletehehehe, sori..
salam ayu...
Hehehe, tapi kan yang ni tak manis, just nice..
salam ukht...
sama-sama dan Terima kasih juga untuk anda...
salam cahaya..
Mengidam..ehem ehem..
salam che chun...
Jangan laah pengsann..
salam leza...
terima kasih yeaa..
salam makchik...
Gebus yeaa...hmm
salam mamma...
Betul2, kalau kat Perlis time musim buah mangga, mesti bes kan.
salam kak yati...
betul tu kak, nanti boleh cuba..
salam norhafiza...
Budak2 suka, bila dah sejuk lagi sedap..
salam fuzid..
boleh2, 2 pun ok...
salam amira..
erkk, kenapa pulak nanak?..hmm
salam mija...
Yess, mangga yg masak ranum lagi sesuaii..