SAVOURY CORN & SAUSAGE MUFFIN

savoury corn and sausage muffin
Assalammualaikum, salam Khamis, hmmmmm.. mat kan rasa2 macam nak slow down sikit lah berblog, mungkin masukkan 1 n3 jee sehari atau pun 2 hari sekali update blog. Lagi pun mat berblog bukan apa sangat, saja suka2 (tapi ada rezeki sikit dari "Nuff" dan Majalah Jelita", syukur alhamdulillah teramat sangat). Dan sini mat nak pesan lah pada semua, jangan buat satu expectation yang tinggi pada mat gebu, terimalah seadanya. Mat gebu bukan lah sorang manusia yang sempurna, tidak terlalu baik dan tidak pula terlalu kejammmmm, cuma setakat ni mat tak delah menolak menerima kunjungan sesiapa ke rumah, KECUALI, jika tarikh tersebut mat ada jadual lain yang bertindih. Harap semua faham lah dan jangan pulak kata Mat Gebu "sombong". Mat pun sedar siapa diri ini. Tiada yang sempurna di dunia ini kecuali Allah swt.

savoury corn & sausage muffin
Ok, jom cerita pasal N3 hari ni, sebenarnya kan ini sarapan pagi tadi. Saja buat, nak menghabiskan stok jagung yang berbaki dalam 1/4 cawan dalam peti sejuk, mat buat guna resipi chesdale muffin, cuma tukar beberapa bahan yang ada..kes nak habiskan stok. Buat sarapan pagi pun sedap. Dalam resipi lepas ada yang tanya, kalau ganti susu tu dengan bahan lain, ok boleh ganti dengan susu soya, atau susu segar. Kalau nak ganti mentega cair tu dengan minyak jagung pun boleh, tak de minyak jagung...koo belasah guna minyak masak. Nak lagi sehat campur sedikit Quaker Oat, cuma cecair tu kena lah tambah sikit lagi. Tapi rasa dia mesti sedikit berbeza, sedia maklum yea...

BAHAN A :-)
1 cawan tepung berserbuk penaik (self raising flour)
3/4 camca teh baking powder
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh garam halus

BAHAN B :-)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair
3/4 camca teh gula halus

BAHAN C :-)
1 biji bawang besar, didadu dan goreng dalam mentega hingga layu
1/2 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1/2 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1 batang sosej ayam, didadu kecil
1/4 cawan jagung manis
2 keping keju chesdale, didadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, isi paper cup dalam acuan muffin atau sedia kan muffin cup jenis keras. Gaul semua bahan A hingga rata dan ayak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan bahan B dan pukul dengan whisk hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan semua bahan C, kacau hingga rata.
  3. Tambah bahan A yang telah diayak tadi dan gaul hingga semua sebati dan rata, Jangan gaul terlalu lama. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.
  4. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan, sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Jika suka boleh tabur sedikit lada hitam yang dikisar atas muffin sebelum dibakar..

Post a Comment

10 Comments

  1. nampak sedap,tapi malas nak buat heheeh..

    http://izyantyshop.blogspot.com/2010/10/span-ajaib-merawat-masalah-kulit.html

    ReplyDelete
  2. memang sedap, kalau pagi2 nak buat mcm tak sempat,, petang2 sambil minum teh syok..:)

    ReplyDelete
  3. Salam Mat,
    Mmng nmpk simple...kalau akak buat ni, mesti anak2 tak sabar nak bawa bekal ke sekolah...terima kasih berkongsi idea dan resepi...

    ReplyDelete
  4. salam izyanty..
    Adehh, tak dapek lah den nak menolong kalau gini lah gayonyo..hehe

    salam Life...
    Buat minum petang pun sedap..

    Salam kak yatie...
    Sama2, saja je kak, saya memvariasikan...mat gebu kan kaki derhaka resipi...

    ReplyDelete
  5. dlm byk2 set teko mat, mokwo suka set teko yg nih!! sooo bling, bling!!

    ReplyDelete
  6. nampak sedap jer dlm gambar tu.. camner eh rasa nyer muffin berlauk cam ni.. nnt nk cuba buat lah..

    kalo ikut resepi ni brp bijik leh dpt?

    ReplyDelete
  7. Malam tadi baru gi makan blueberry cheese muffin kat starbuck.. sangat sedap.. lembut dan rapuh. Dulu pernah buat muffin jagung tapi keras... napa ntah... ni ada resepi baru dari CMG boleh ler try....

    P/S: Abah mila macam tak pernah makan muffin... ;)
    http://abahmila.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. mat,boleh ganti ngan tepung lain x?

    ReplyDelete
  9. cmg, boleh tny skit x...knp muffin ni sy buat jd keras mcm cekodok..huwaa, kempunan...meleleh air liur tgk gmbr ni...agak2la, kt mana yg tak kena tu...tq

    ReplyDelete
  10. salam CMG, saya buat, menjadi ...tp sy 'derhaka' sket. Susu tukar dgn fresh milk, sausage tukar dgn chicken breast, jagung tukar dgn mushroom..ok menjadi...cuma tak semekar yg CMG buat..kena praktis lagi. Terima kasih ye atas resipinya. Semoga Allah memberkati CMG sekeluarga :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.