BENDI BERSAMBAL

Bendi Bersambal
Cakk!!..hehehe, nampak macam garitt kaaa, ceQ buat lagu tuu?..Hmm pesal si bendi ni tak cun sangat dalam gambar..alaa, skill tak dak, macam tu lah, tapi ok lah juga. Kali ni mat letak satu resipi peranakan, alaa itu baba nyonya punyaa, mesti luu tauu punya kan, mat gebu dalam banyak2 resipi dia, wajib ada peranakan nya makanan eh, jangan lupa asal usul kata orang2 tuaa. Ini resipi amat mudah dan senang. Kena hidang segera baru lah dapat menikmati keenakkannya, kalau dah sejuk kurang sikit, tapi masih ok. Orang2 peranakan ni kan mereka kreatif juga tau, masak ikut apa ada dipersekitaran, tu semua hasil pengaruh orang melayu dan bangsa2 lain. Apa2 pun sebelum mula tulis resipi, nak pantun dulu...hehe..(tengah geramm ni!!)

BUAH MANGGIS WARNANYA HITAM,
DURIAN PULA TAJAM DURINYA,
MASAKAN PERANAKAN PELBAGAI RAGAM,
HASIL GABUNGAN TIGA BUDAYA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 batang kacang bendi muda
1 helai daun limau purut, diracik halus
1/2 biji bawang besar didadu
4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 1/2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, dan toskan*
2 biji buah keras*
1 hirisan nipis lengkuas*
1/2 inci belacan*
1 biji tomato*(*dikisar halus)
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Cincangan bawang besar, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, tambah garam secukup rasa dan gula, kecil kan api dan terus menumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan bawang besar yang dicincang dan hirisan daun limau purut serta jus limau kasturi tadi.. Kacau rata dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  2. Bendi dicuci bersih, jangan potong. Didihkan air, masukkan sedikti garam dan beberapa titik minyak masak. Celur bendi tadi hingga lembut. Kemudian angkat dan terus rendam bendi dalam air sejuk. Biar seketika. Toskan hingga kering.
  3. Kerat 2 atau 3 setiap bendi tadi dan susuh dalam bekas sesuai. Letak sambal atasnya dan ratakan. Hias dengan belahan limau kasturi, daun limau purut dan taburkan bawang besar, jika suka. Hidangkan segera...

Post a Comment

2 Comments

  1. amboi mat. comey dah tu bendi tu. skil masih mantap

    ReplyDelete
  2. Wah! sedap ni...stok bendi pun ada lagi tu...ptg ingt nak mencubalah

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.