TAUGEH SOYA GORENG BELACAN

taugeh soya goreng belacan
Assalammualaikum, salam pagi Ahad, aduhh...terpaksa mengeluh ni, N3 yang sepatutnya mat letak semalam, tapi keadaan sungguh tidak mengizinkan. Semalam mat menerima kunjungan tetamu terdiri sedara2 mat gebu, terima kasih pada Puan Roszeta Kassim, suami dan anak2 serta Puan Dayang Ku Intan, suami dan anak2. Ampon dan maaf jika terkurang layanan dan terkasar bahasa. Dannn semalam juga kan mat sakit gigi...waaaaa, part ni memang aku tak tahan..berdenyut2 kooo, sakit kepala dan hangin kus-kus semacam jee, aku hot!..Nasib baik pagi ni dah ok. Saja nak kongsi lauk ringkas yang mat masak semalam. Jangan menyampah yeaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram taugeh soya, dibuang ekor, cuci dan toskan
20 ekor udang sederhana besar, buang kulit, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji cili hijau, hiris serong
1/2 inci belacan, larutkan dalam sedikit air
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkans sos tiram dan belacan, kacau rata.
  2. Tambah udang dan masak sekejap. Bila udang bertukar kemerahan, masukkan taugeh, kacau rata dan masak hingga taugeh layu sedikit. Tambah garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat.
TAUGEH SOYA GORENG BELACAN TAUGEH SOYA GORENG BELACAN Reviewed by Mat Gebu on 9/19/2010 05:31:00 AM Rating: 5

4 comments:

  1. salam dan selamat hari raya mat..lauk cam ni gak sodap kan..

    jelouslah sebab dapat tau mamafami dan mamazieza berkunjung kat umah kamu ek ..bilalah nak sampai kat umah kamu

    ReplyDelete
  2. salam kak ina KL...
    Betul tu kak, lepas2 raya ni, lauk2 ringkas lagi menyelerakan.. Hmm tu lah, bila2 akak turun JB tu singgah lah, call dulu yea..

    ReplyDelete
  3. salam mat,
    lama tak makan taugeh ni..
    taugeh ni sedap dan rangup..
    kalau taugeh biasa tu.. kadangkala saya memilih..
    tengok cara dimasak..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.