MEE HOON TOM YAM

Mee Hoon Tom Yam
Salam sahur semua, mmm macam tak larat jee kan, macam malas jee kan..dan macam-macam lagi laah...Semalam mat rasa legaa, sebab selesai tugas menge"tat", nanti senang mat share yeaa tat nenas tu. Hari ni ada lah kot projek lain. Tahun ni rasa macam tak berapa nak rajin laa, tapi bukan malas yeaa..pembetulan--> "tak berapa nak rajin".. faham kan maksudnya tu macam mana?.. Tau tak mat gebu ni satu orang manusia yang pelik, ada kalanya..Semalam last minit nak berbuka, tiba2 tekak ku termengidam mee hoon tom yam, tapi goreng lahh..Lepas tu teragak lagi, nak makan ayam goreng kunyit, tapi guna kunyit hidup, bukan kunyit serbuk yeaa. Hmmm..malas lah nak komen apa2. Mat share jugalah walaupun ianya hanya lah mee hoon goreng biasa saja....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g mee hoon kering
1 mangkuk taugeh
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
3 biji limau kasuri
2 camca besar sos ikan
2 camca besar kicap cair
2 camca besar pes "tom yam" jenama "LIFE"
1 camca besar sos tiram
1 camca besar cili sos
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis lengkuas*
5 biji cili padi*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
2 biji telur
100 g sotong, hiris halus
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasan

BAHAN AYAM GORENG KUNYIT :-)
2 keping besar ayam, dikerat 4 setiap 1 keping
2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mee hoon direndam hingga lembut, atau rebus mee hoon hingga agak lembut, toskan. Taugeh dibuang ekor cuci dan toskan. Telur tadi didadar dan hancur kan ala2 "scramble egg". Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan pes tom yam, sos tiram, sos cili, serai dan daun limau purut, kacau rata. Tambah sos ikan, kacau rata.
  3. Masukkan telur yang telah di "scramble" tadi bersama2 sotong. Kacau dan masukkan mee hoon, gaul. Tambah kicap cair dan taugeh, kacau hingga rata dan biar masak sekejap. Matikan api. Alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan bawang goreng, hirisan cili padi dan belahan limau kasturi. Hidangkan bersama ayam goreng kunyit dan juga sos cili.
  4. UNTUK AYAM GORENG KUNYIT :- Cuci ayam tadi, cucuk2 dengan garfu, lumur dengan bahan2 tumbuk halus dan juga garam secukup rasa. Perap 1 jam, kemudian goreng terendam dengan api sederhana hingga ayam masak. Jangan goreng lama sangat nanti ayam rasa agak kering. Toskan atas beberapa helai paper towel. Hidangkan bersama mee hoon tadi..
MEE HOON TOM YAM MEE HOON TOM YAM Reviewed by Mat Gebu on 9/02/2010 05:30:00 AM Rating: 5

8 comments:

  1. Waaahh subuh2 dah posting meehoon tomyam...kalau dpt wat sahurlg best..hahahaa...menggoda la mat dgn bebola kat atas, kena sebekas sure menyandar...tp kita kan mcm dah mood malas dtg laaa..huhuuu...rasa nk start tawar bazar jek..wahahhaha

    ReplyDelete
  2. Salam En mat.. adohai....cam tau tau jer kiter nak masak mihun otg ni.. kecor air lior teman nengok mihun n ayam goren tu... adohai En mat nih...
    Nih,,mcik nak bagi tau sket..sejak mcik browse web En Mat ni, mcik dah teramat rajin ke dapor..terima kasih laa kerana kebanyakan masakan mcik tu, mcik copy resepi en Mat... TQQQ

    ReplyDelete
  3. hmm..sedap plak tgk..klu buh kari ikan..cam best plak.. mihun kari..ehe

    ReplyDelete
  4. salam mat,
    tahu tak siapa pencipta asal bihun tomyam goreng?
    cuba teka?
    :D

    ReplyDelete
  5. cik mat, tiap hari saye bace blog ni. and i really respect you for all the effort that you put in making all these marvels. saye tahu ni out of topic, but have you ever baked biskut sarang semut?

    ReplyDelete
  6. tak pernah try lagi ni..

    akak dah dapat majalah saji..tapi nan ado

    ReplyDelete
  7. abg mat... mee hoon nie memang meletop... dah try buat tuk berbuka tadi...
    semua puji... sodap!
    must try!!!!

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.