AYAM MADU JANDA

Ayam Madu Janda
Assalammualaikum, salam sejahtera semua... Haa, jangan terkejut dengan nama menu "Ayam Madu Janda". Sapa kata "Janda" satu perkataan menakutkan bagi kaum wanita?...Haha, anda silap. Memang sekarang gelaran janda kurang digunakan secara formal, mereka lebih gemar guna ibu tunggal. Tapi nama "Janda" itu sendiri ada nilai2 komersial, sekarang ada kopi janda kan.. Jadi tak salahlah mat letak nama menu ayam madu janda..Pstt..nak lagi panas, boleh baca N3 Ben Ashaari pasal "Janda Meletup"...panass sehhh!... Ayam madu janda ni mat makan dengan nasi ayam jagung, yang tu N3 nanti yeaa. Buat masa ni mat share resipi ayam madu janda.. Terlebih dahulu ampon dan maaf mat pohon jika ada yang terasa, tapi percaya lah bukan niat nak perli "janda", cuma nak menaik taraf nama "janda" itu sendiri...tuu diaaa..mat gebu dah mula lok laq!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan besar ayam
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh herba rosemary*
1 batang serai, hiris halus*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
1 camca besar marjerin
4 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihakan, tapi jangan buang kulit. Lap kering ayam dengan paper towel. Lumur ayam dengan bahan kisar halus, madu dan kicap pekat rata2, lumur juga bahagian daging ayam dibawah bahagian kulit ayam. Tambah sedikit garam jika perlu. Perap 2 jam dalam peti sejuk.
  2. Panaskan oven pada suhu 200 C, alih ayam ke dalam bekas tahan panas. Baki2 bahan perapan tadi, dimasak dalam kuali hingga pekat. Tambah majerin, kacau rata. Matikan api. Bakar ayam tadi selama 40 minit atau hingga masak.
  3. Setiap 20 minit, sapu permukaan ayam dengan bahan perapan yang dimasak tadi, dan balikkan ayam, lepas 20 minit, lakukan kaedah yang sama. Untuk mengetahui ayam sudah masak, kelar sedikit bahagian ayam yang paling tebal, dan jika jus yang keluar jernih, menandakan ayam sudah masak.
  4. Hidangkan bersama nasi ayam, salad dan apa2 yang anda fikir sesuai....Selamat mencuba untuk semua....
AYAM MADU JANDA AYAM MADU JANDA Reviewed by Mat Gebu on 9/02/2010 09:55:00 PM Rating: 5

8 comments:

  1. en mat.. minta izin nak copy resepi ayam hot nie.. mengancam jiwa raga ku...

    ReplyDelete
  2. yerlah izan..ayu pun nak mencuba n copy resepi cik mat nie

    tak apa Cik Mat usaha murnimu tu...u menaikkan taraf ibu tunggal...takkan nak bubuh..ayam madu tunggal...

    pelik...

    ReplyDelete
  3. Mat, kalau dah janda, mana leh bermadu? Ko ni, sesukaaa haaati je la... hahaha..ampun.

    ReplyDelete
  4. Hahaha...komen Mama tu panassss..betull klu dh madu, cmne lak ada Janda ek..miahahaha
    Patutnya 'ayam madu janda tiri'..kakakakah

    ReplyDelete
  5. Waaaahhh dah nak jeling janda pulak ke ko..wahahaa..punah hancuss lah harapan anak2 dara seantero ni haa.. Amboihh ko nak naik taraf janda2 mcm ko baru dpt projek naik taraf jalan jek..ahakss!! Asalkan ko bahagia la Mat oiii...hahaa..eh Mama cakap tu pn tul gak eh..xkan janda n madu berkait rapat..wahahhaaa

    ReplyDelete
  6. salam mat..
    mintak izin salin resipi HAWT nie eh...!!tqvm!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. mat, maaf. mak ct dah masukkan kat fb, ada anak sedara minta resipi, raya tu ari try buat, so dia kata sedap, tu yg masukkan ke fb. tau mat tak bagi.izinkan yg satu ni k?

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.