LEMAK KETAM DAUN TURI

Lemak Ketam Daun Turi
Assalammualaikum, salam sejahtera...wahh makin hampir nak sampai penghujung Ramadhan. Cepat sungguh kan, tahun depan tah kita dapat jumpa lagi ramadhan pun kita tatau, moga Allah panjangkan usia kita semua, insya allahh. Ni hari kan, mat kena masak satu lauk yang aku tak bley makan, dan kalau boleh makan pun, napsu nak menjamah langsung tak de, serius weyy, tak tipu, ketam exceli bukan feberet mat, lagi pun kalau makan takut alergi, kang gatal..sapa susah...akuu jugakk!!.. Ok jom semak resipi, tadi kat chat box ada orang tanya ketam kann..ok ni dia resipi ketam, tapi mat tak pastilah menepati selera anda ke tidak yea.

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ketam saiz besar
1 celak daun turi
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
4 biji cili merah
8 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam disiang, cuci bersih dan kerat dua. Daun turi diasingkan dari tangkainya, jika terdapat bunga turi, ambil sekali, jangan dibuang. Cuci bersih, tos dan ramas sedikit daun tadi. Ketepikan.
  2. Masukkan ketam ke dalam periuk, tambah serai, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan jerang hingga mendidih. Tuang santan cair da, biar mendidih. Masukkan daun turi, gaul rata dan masak sekejap. Jika perlu tambah sedikit air.
  3. Tuang pati santan, kacau, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok tak de masalah. Biar mendidih perlahan hingga daun lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang kan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...
LEMAK KETAM DAUN TURI LEMAK KETAM DAUN TURI Reviewed by Mat Gebu on 9/01/2010 10:05:00 PM Rating: 5

6 comments:

  1. nasib baik lemak ketam mat.. kalau ketum?
    jangan marah arrr..
    sekali sekali mengusik..

    ps: mat... mak tanya... taknak pos biskut raya ke ipoh ke? jangan ler suruh kami ke johor... sob3..

    ReplyDelete
  2. harus blk jb petik daun turi kt blkg umh n msk lemak....tp kn cik mat ibu sy ckp daun turi bole buat org drh tinggi, tul ke?

    ReplyDelete
  3. rindu sama kamu wahai turiiii! ko nih sajer taw mat wat aku TERmengidam!

    ReplyDelete
  4. salam cikgu isza..
    hahaha, kalau lemak ketum, satu rumah tergolek..tak sedar2 diri..Kirim salam kat bonda cikgu, turun Johor singgah lah Sedenak..

    salam nor...
    Saya pun ada juga dgr orang cakap, daun turi ni kalau darah tinggi tak bley makan sangat...

    salam hana...
    Hahaha, sedap weyy..tapi kan aku tak makan pun lauk ni semalam, sebab tak selera..

    ReplyDelete
  5. Salam CMG.. mmg i request lauk ketam ni kat chatbox.. tima kasih CMG.. bukan apa, dalam beribu2 lauk, rasanya ketam yg paling kurang add dlm blog CMG.. tapi i faham CMG alergi ketam ni.. dan i dah cuba resepi CMG ni smlm tanpa daun turi ni mmg ttp menjadi.. lagipun hubby i belikan ketam bnyk gak.. mungkin boleh try chili crab atau add dlm tomyam ker.. nak taulah jugak camna CMG punya stail chili crab yg letak telur tu.. mesti terliur sampai CMG kena supply ubat alergik banyak2!! hakhak!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum mat gebu.
    wah, rajinnye u masak ketam even though u allergic kat ketam ye. just like my mum, dia still masak ketam even tho dia memang tak bleh makan ketam. mulianya hati.
    oh ye, i nak tanya, daun turi tu rasa cam mana? i kat oversea ni susah sket nak cari daun2 ni. cuma harap balik m'sia baru boleh rasa. and daun turi tu, selain masak lemak style masak apa lagi yg sedap ye?
    thanks :)

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.