Assalammualaikum semua, salam sejahtera...Hmmm dah malam baru dapat masukkan N3, bukan apa, hari ni kan mat rasa tenaga terlebih rajin, tatau pesal. Hahaha, kang ada lah tu yang kata bukan2...Aimann tak kesahhh...kan Kak Ummi. Hari ni mat buat burger tuna, yang resipi kepingan intinya mat ambik dari buku masak2 dari Chef tersohor Malaysia, sapa tak kenal beliau, bukan nak puji, kalau tak de dia lah, mat rasa kita orang2 Malaysia ni masih kabur lagi pasal2 dunia masakan antarabangsa. Lagi satu mat suka dia ni kerana, sering menyelitkan resipiDatuk Chef Wan, "Baba Nyonya" dalam rancangan masakan beliau dan juga buku2 masakan. Mat dapat dari buku masakan "Sedapnyaaa...", mat share resipi ringkasnya di sini. Menghasilkan 8 kepingan inti burger yang setiap satu beratnya kurang lebih 70 g...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tin ikan tuna (setiap satu beratnya 185g) ditoskan
2 camca besar cincangan bawang besar (mat guna 1 biji)
1 camca besar daun parsley, dicincang
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan serbuk roti (mat guna serbuk roti kaler oren)
1 camca besar mentega, dicairkan
1/2 camca teh mustard
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 cawan mayonnaise
Mentega untuk menggoreng kepingan burger tuna
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tin ikan tuna (setiap satu beratnya 185g) ditoskan
2 camca besar cincangan bawang besar (mat guna 1 biji)
1 camca besar daun parsley, dicincang
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan serbuk roti (mat guna serbuk roti kaler oren)
1 camca besar mentega, dicairkan
1/2 camca teh mustard
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 cawan mayonnaise
Mentega untuk menggoreng kepingan burger tuna
CARA MEMBUATNYA :-)
- Campurkan semua bahan2 diatas kecuali mentega untuk menggoreng. Gaul rata2 dan biar sejekap. Ketepikan.
- Untuk mendapat saiz kepingan burger tuna yang sama besar, mat bagi bancuhan tadi kepada 8 bahagian yang setiap satu beratnya 70 gm.
- Alas plastik atas papan pemotong, letak bulatn besi berukuran 4 cm atas plastik tadi. Ambil 1 bahagian adunan, ratakan dalam lingkaran besi tadi, tekan2 biar padat. Keluarkan perlahan2, kemaskan dan alih dalam pinggan besar. Buat hingga siap. Simpan dalam peti sejuk sejekap.
- Panaskan sedikit mentega dalam non-stick pan, goreng kepingan burger tadi sehingga kuning keemasan, dengan cermat, terbalikkan dan masak lagi hingga keemasan. Angkat dan boleh digunakan...
5 Comments
Salam Mat..tdo lg ke..al-maklumlah semalam tgk bola sampai subuh kot, sambil mencekik bun tuna...ntah2 tercekik sebab Sepanyol menang atau German kalah tu...hahaha..ko sokong mana Mat? Sedenak eh..hahahhaa..eh nak buat gak la burger tuna nih..mst Aiman x kesaaahhh...hehee
ReplyDeletebestnya burger tuna. akak selalunya klu jumpa tuna cuma tau buat filling sandwic aje.
ReplyDeletepsst..akak pun peminat cef wan. suka tengok celoteh dia bila memasak!
salam kak ummi...
ReplyDeletehahaha, semalam saya tidur awal, penat soping teko..hahaha..
salam ain...
Kak, resipi ni kan boleh buat awal, lepas tu simpan..saya bukan nak kata lah, rasa dia sedappp i tell u.
mat,
ReplyDeleteI selalu buat tuna burger; makanan orang takda duit & masa :-)
nak tambahkan serat, i gantikan breadcrumb dengan oat yang dikisar.
dan nak jadikan lebih yummy tapi lebih lemak, letak shredded cheese (mozzarella or cheddar atau apa-apa) nikmat!
Salam Cik mat..
ReplyDeletemasak bila taru serbuk roti tu?takde bg tahu pun..xpaham la..tp nak try..burger daging xde ke?hehehehe