Assalammualaikum semua, salam Khamis....Dah makan tengah hari?, hari ni mat masak yang senang dan ringkas, jenis untuk orang2 sibuk dan tak berapa nak rajin macam mat gebu..hehe. Masakan mudah dan simple ni sesuai lah untuk orang2 bekerja, cuma kalau yang tak boleh makan daging tu, ganti dengan daging ayam yea...tak pun udang. Ini kira lauk campak2 saja, ikut apa yang ada. Benda2 macam ni selalu terjadi masa kita kemas kini peti sejuk. Selain bok choy, boleh juga guna brokoli, kobis daun, dan juga sayur kailan..Eh, tiba2 ngantuk pulak....ni silap2 menangkup terus depan laptop...hahaha, sebelum menangkup, elok kita tengok resipi senang sangat nihh...
BAHAN-BAHANNYA :-)
7 pokok sawi bok choy
300 g daging
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 camca besar sos tiram
3 titik minyak bijan (optional)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
7 pokok sawi bok choy
300 g daging
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 camca besar sos tiram
3 titik minyak bijan (optional)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sawi bok choy direndam dalam air, leraikan tangkainya dan cuci bersih, toskan, asingkan tangkai dan daun. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut, simpan air rebusan 1 1/2 cawan. Tauhu didadu kecil dan goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah, tumis hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang air rebusan daging tadi. Biar mendidih.
- Masukkan tangkai sawi dan masak hingga lembut. Tambah daun nya dan kacau rata. Perasankan dengan garam secukupnya. Kacau dan angkat. Hidangkan panas2 bersama nasi dan lauk2 lain...
5 Comments
sy pun suka wat cam ni. just ketuk bawang putih + halia + sos tiram. selera!
ReplyDeletekelmarin bru msk utk mkn mlm heheh.. kita pn same simple je msk gn bwg putih + halia muda.. fav sayur ni gn anak..
ReplyDeletetghr tadi malas nak masak..haha.. makan kedai je.. tapi lauk daging kicap la..bes la gak..
ReplyDeletep/s: tq kpd CMG sbb tsenarai dlm Hit Counter aibaks..haha
salam bai...
ReplyDeleteBetul tu..kadang2 sayur ni kena masak simple je kan.
salam ohoey...
Yess setuju sangat..
salam aibaks...
Waaa, daging kicap feberet saya juga tu...terima kasih sudi singgah yea..
'tak berapa nak rajin cam mat gebu'
ReplyDeleteaisshhhh tak rajin ke enchek mat.. ??huhuhuhuhu
masuk sini asik drooling jeee...
sok sok kalau balik pontian johor nak g umah enchek mat buleh.. nak makan makan n nak tgk sia' biru.. hehehehe
// klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //