BANANA SHORTBREAD

Banana Shortbread
Assalammualaikum semua, salam sejahtera. Diam tak diam dah hari Khamis, dan sebagai penutup N3 malam ni sebelum mat masuk beradu dibuai mimpi2 indah, mimpi beli teko dan barang2 antik, mat nak share satu resipi "Banana Shortbread" yang mana resipinya mat ambik dari buku "Alex Goh". Tapi kan ada sikit kemushkilan laah. Dalam buku tu gambar shortbread dia lawa koo, teksture dia nampak lembap dan sedap je. Tapi bila mat buat jadi juga tapi rasa dia agak kering sikit. Exceli nama je shortbread atau roti kontot kata orang2 melayu, tapi ianya sebiji macam kita buat kek. Tapi kek lagi sedap lahh...yelah kan resipi2 ni kalau kita tak cuba buat, macam mana nak tau ianya ngam ke tak dengan tekak kita. Dah buat baru tau..overall ok lah rasa dia tidak mengecewakan lahh....

Banana Shortbread
Kalau ikut resipi asal penggunaan gula dia agak banyak, tapi mat dah derhaka kan, biasalah, mat gebu, tapi ai derhaka berhemah yea, tak main curi2 punya. Nampak kilat atas kek tu mat saja sapu piping jel, kasi nampak berseri. Psstt nak gossip sikit..amacam, cun kan set Royal Albert tu...hahahaha, mula dah mat gebu cerita pinggan pulak. Yang tu nama pattern dia "Moonlight Rose"...memang kena lah dengan "tiffinbiru". Bukan nak menunjuk, cuma macam sedap dipandang mata, tapi kan mat tak kesah langsung kalau orang nak kata berlagak ke, xsen ke, suka show of ke...apa yang penting "nawaitu" kita..betul tak anak2 semuaaa....hahaha, ada yg loya nampak, kalau nak usha2 kat mana mat beli, boleh lah pi blog Datin Mona UK disini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gula peerang (resipi asal guna 250 g gula halus....sah2 manis gilaa!!)
130 g marjerin (mat guna mentega)
1 camca teh soda bicarbonate
1/3 camca teh garam halus
2 biji telur gred "A"
300 g pisang embun, dilecek
300 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
80 ml susu segar
1/3 cawan cincangan kacang walnut


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar gula peerang, mentega soda bicarbonate dan garam halus hingga berkrim dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Masukkan pisang lecek, putar perlahan hingga rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis.
  3. Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata. Tuang dalam bekas bulat berukuran 8 inci yang telah dilenser dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas minyak. Hias ikut kreativiti. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit - 1 jam, bergantung pada oven.
  4. Sejukkan shortbread atas jaringan dan kalau suka sapu dengan piping jell untuk menambah seri shortbread tadi.

Post a Comment

16 Comments

  1. salam cik mat..
    tuh diaaaaaaaaa..all the way from uk 2 sedenak.....berbaloi222..mula2 jamu halwa mata..then dari mata barulah turun ke perut..ape lagi jom perkena roti kontot...hiiihihhi

    ReplyDelete
  2. mat, kak rose nak roti kontot sekali dengan set cawan yang lawo tu... terliur mata dan hati tengok mat nyer presentation!

    ReplyDelete
  3. salam chem...
    Eh serius tau, set ni mmg lawaaa...OCR tu pun mmg lawa, cuma saya kenan yg MLR ni...bila tgk hari tu kat rumah Hajjah set OCR yg dok dalam lemari putih depan sofa dia, terus macam termengidam pulakk..bahaya tul aku ni..

    kak rose...
    Wokey..roti kontot sampai kejap lagi, tunggu kat simpang 3..uikk nak pakej dgn set cawan sekali ke..hehe..

    ReplyDelete
  4. Mat, akak xnak la makan pisang banyak2..leh naik gula dlm badan kang..hahahaaa...tp kan..yang bersinar2 dan menyilau2 tu kan..adeehh cantiiiikknyaaaa..i liiikeee blueeeee....adeehh mau mengigau set RA ko tu malam ni..aiissshhh

    ReplyDelete
  5. addooyyaaiii..bergegar iman ceq bla tgk kek cmg nehh...pekena ngan kopi "o" pekat..wallaweehh...

    ReplyDelete
  6. salam che mat.
    ni bukan lagi banana shortbread ni. ni dah jadi banana kembungbread....
    gebusnya!

    ReplyDelete
  7. selamat pagi jumaat CMG

    rindu nak terjah umah CMG...tup2 jumpa roti kontot yang menggebu gitu

    sajer eik tunjuk set pinggang dan set cawan royal tu...

    sakit mata ku...wawawawawaa

    ReplyDelete
  8. Mat....sebenarnya lebih berkenan dgn pelakon tambahan tu..hi..hi set pinggang,set cawan tu la..cantikk bangat..

    ReplyDelete
  9. Salam CMG,
    Akak mintak maaf kerana ambik resipi chiffon gula melaka dan dah buat dan dah makan pun. Minta halalkan ya sebab tak minta izin dari mat dulu. Tapi Chiffon tu memang sedap sangat walaupun akak terlupa masukkan minyak dalam adunan pada mulanya. Minyak masuk kemudian nasib baik menjadi.

    ReplyDelete
  10. nak pinggannnnnnnn!!!! roti kontot tak dpt pun tak pe!hehe

    ReplyDelete
  11. Salam..saya moskil ni..
    boleh pakai royal albert ni..
    setau saya yg jahil ni x boleh
    sbb dr tulang khinzir..
    sorry if i'm wrong..pls explain

    ReplyDelete
  12. SALAM PENCARI...
    YANG TU TAK PASTI, SAYA SENANG JE, SEBAB SAYA TAK WAS-WAS, JADI SAYA GUNAKAN LAHH...

    ReplyDelete
  13. Salam, mashallah I love those China :) you got an excellent eye for details. The banana cake definitely yummy too without a doubt. Am totally addicted to your page dear :) have a great weekend ahead

    ReplyDelete
  14. salam jumaat..ya ALLAH.. cantikkkknye gambar diatas tuuu terbeliak biji matakusss cantik belaka..roti dan pinggan sama naikk.. tu laa nanti ada lagi yg terberkenan nak "amek" hak kita.. dah mcm pro CMG amek gambar...tapik springggg maaa askar selalu tabik kat abg..kali nie bini abg tabik kat CMG...springgg lagi...akak siap print simpan gmbr dalam dapo koleksi masakan kwn2 kita..tapi takat ni tak de majalah lagi hehheee

    ReplyDelete
  15. ado mattt! mata aku bukan silau dek kerana kek mu itew! tapi kerana yang biru2 itewwwwwww!! adoiiiii penat aku gosok2 mata! tunggu ko tdo nyenyak malam nih, aku nak curik! wakakakakakaka.. (pencurik zaman moden, nak curik kabo dulu! kahkahkahkahkah!)

    ReplyDelete
  16. cik mat gebu..zura amik resepi ni nanti ya..nak try la...hehe..pssttt..cantik la set cawan tu..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.