PIZZA KANAK-KANAK...

Pizza Kanak-Kanak
Salam semua, uikk baru sedar dah jam 1 pagi...Sebelum masuk tidur nak letak N3 ulang tayang. Biasalah kan masa cuti2 sekolah ni, permintaan ada saja, yang nak pizza, roti sosej dan macam2 lagi lah.... Siang tadi mat buat pizza untuk anak2 sedara ku yang 3 serangkai tu. Kenapa pizza kanak-kanak?...Sebab bahan2 atas dia tu paling minimun sangat, bayangkan cuma sosej ayam, sos tomato, mayonnaise dan keju mozarella saja, simple gila, buat pun senang. Budak2, biasalah mana nak makan sayur2, bawang dan tah hapa2 lagi (tapi kan tu budak, pernah juga dengar cerita, orang yang dah tua bangka, tak mo makan sayur...takut jadi kambeng kee?..)....Tapi ada masa depa makan "terpaksa"..siapa paksa?...Siapa lagi kalau bukan pak sedara dia ni.....makan hati juga kadang2 mereka tu kena paksa....

Pizza Kanak-Kanak
Lagi satu mat nak komen pasal pizza ni, keju dia tu mat kurang berpuas hati, yelah abah budak2 tu yang beli...jadi aku malas leer nak banyak cerita, belasahh jeee lah.. Kalau mat suka beli keju block dari keju yg siap diparut..tak bes... Untuk base pizza tu atau roti dia mat guna resipi "Pizza Gebu"....roti dia tu, sampai sejuk pun masih lembut i tell u..tak caya boleh try cuba check tengok macam mana...tapi kena lah buat dulu yea...Ok, mat share resipi ringkas ni..Boleh ajak anak2 anda buat masa cuti2 sekolah nih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bahagian doh pizza, boleh rujuk resipi di sini....
6 batang sosej "Ayamas", hiris serong
Sos tomato
Mayonnaise secukupnya
Keju mozarella secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bagaikan doh kepada dua bahagian, canai dan alihkan ke dalam dulang pizza yang telah disapu sedikit mentega. Tekan2 daoh tadi sehingga memenuhi dulang pizza. Buat saya untuk doh yang satu lagi. (1 bahagian doh boleh dapat 2 keping pizza berukuran 10 inci).
  2. Sapu sos tomato rata atas doh pizza, tabur sosej tadi. Paipkan mayonnaise dan tabur dengan parutan keju mozarella rata. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. Hidangkan bersama sos kegemaran anak anda....

Post a Comment

6 Comments

  1. Besor tu pizza kanak-kanak Mat ni. Mesti untuk kanak-kanak obes ni! Hihii....

    ReplyDelete
  2. allah..tak tahan tgk mayonis tu telondeh dari pizza.huhuhuhu..

    ReplyDelete
  3. pergh.. siap meleleh tuh.. cheese ke mayonis? haha.. memang melazatkan..

    ReplyDelete
  4. huh..tgk mat gebu wat pizza baru ada idea ..yis dah lama bli tp buat doh roti x jugak2..tq..kerana pizza mat gebu ni ler saya dpt ilham..ihiks.

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Mat...jgn kata kanak2 suka,mak n bapak kanak2 pun suka..mintak sepotong..

    ReplyDelete
  6. salam mama...
    Hahaha....exceli yg makan tu ada yg keding ada kembong!!..

    salam naqhiah...
    Menggoda yeaa...hehehe, minta maaf..

    salam aibaks...
    Yang meleleh tu sos thousand island..cis dia kurang meleleh, sebab cis yg digunakan tu bukan saya yg beli..

    salam lieza...
    Sama2...base atau roti pizza tu kan sampai sejuk pun tetap lembut..

    salam siti indrawati...
    Betul tu, saya pun suka, tapi as usual laa, agak menyeram kan..hehehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.