Heavenly Carrot Cake
Salam untuk semua, hari ni tiba2 rasa macam mengong, macam hilang ingatan sekejap...erkk!!, tapi nasib baik boleh baking dan memasak. Biasa lah adat manusia, stress tu mesti ada, normal what!, cuma apa2 masalah pun kita mesti tangani dengan bijak dan bertenang...tuu diaa, motivasi lagi koo..hahaha, ok jom kita tengok resipi terakhir malam ni sebelum mat pingsan. Pernah makan carrot cake atau kek lobak merah?...Mat pernah juga makan tapi yang biasa2 saja. Tapikan ada satu masa tu mat berblogwalking sekitar alam maya, ke blog geng2 masak...sampai mat singgah di blog "Jun Cup Cake".. dan ternampak dia tunjuk sepotong carrot cake yang dilepa dengan cream cheese..arghh, nampak menggoda sungguh, dengan kata2 kak J yang menggambarkan betapa hebatnya percikan rasa kek tu bila sampai di anak tekak kita (biasalah orang majalah, tulisan "memancing" dia orang memang ngetop!), mat gebu satu je masalah dia, pantang kalau dengar orang kata sedap, aku tak dapat makan banyak pun tak pe, janji dapat rasa...yelah kita pun sedar diri dah gebu...mana boleh main hadap semacam..

P1200579_picnik
Pada pendapat mat lah, kek ni memang sedap, rasa dia kan tatau nak kata apa, dengan harum, bau serbuk kayu manis, kerangupan kacang walnut dan nenas, kelemakkan kelapa yang diadun serta kemanisan lobak merak tak lupa kenikmatan cream cheese yang dilepa atasnya....ohh tidak, kolestrol ku naikkk, tapi kan hmm...heaven koo!!. Sebelum mat share resipi dia, nak ucap terima kasih juga pada "Kak Ida" dari blog 1001 Resipi, kerana sudi share resipi kek yang sedap ni (Kak Ida ni kekanda pada Kak J). Minta maaf juga sebab mat termenderhaka dari resipi asal. Kita semak resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...