Salam semua, dah makan tengah hari ke... Pernah makan taugeh soya atau taugeh kasar?. Ada orang tak suka, tapi mat, suka teramat sangat, rasa lemak2 dan rangup pada kekacang soya tu yang buat rasanya unik dan lemak2 manis. Ada juga yang mengasingkan kepala kekacang tu dan dimasak hingga lembut baru letak badan taugeh, tapi pastikan ekornya dibuang, sebab keadaan ekornya agak kasar sedikit. Boleh dipelbagaikan gaya masakan, nak masak lemak dengan tauhu pun ok, goreng dengan udang pun sedap atau ikut kreativiti masing2. Walau pun resipi ni biasa2 jee, mat tulis lah juga...sedia maklum, yang masuk blog mat ni pun dari pelbagai peringkat umur, ada tu yang baru2 nak belajar masak, ada tu pulak dah otai...yang otai tu mat kena lah menuntut dengan mereka pulak....
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g taugeh soya @ taughe kasar
10 - 15 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam dan secubit gula
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g taugeh soya @ taughe kasar
10 - 15 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam dan secubit gula
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Taughe, dibuang ekor, cuci bersih dan toskan. Udang dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekornya, kelar belakang udang dan buang uratnya, buat hingga siap, cuci dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau, kacau rata hingga layu, masukkan udang dan sos tiram, kacau dan tuang sedikit air.
- Tambah taugeh, gaul rata, perasankan dengan garam secukupnya dan secubit gula jika suka. Masak hingga taugeh lembut, angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat
13 Comments
oohh sodap..!!
ReplyDeletebest..best..
ReplyDeleteLama dah tak makan togeh kasar nih. Masak asam rebus dgn ikan pun sedap.
ReplyDeleteoh, ni panggil taugeh soya ke...??? tapi slalu beli yg biasa je.. msk goreng2 cam nilah.. sodap!
ReplyDeletelama tak masak nih...boleh try masak mlm ...utk dinner
ReplyDeletetaugeh mmg fav akak!!
ReplyDeletesalam CMG,
ReplyDeletesaya tak penah beli taugeh soya. ada nampak kat pasar, tapi tak pandai nak masak sayur tu.. nanti nak cuba :)
salam mulan...
ReplyDeleteBetui tu kak, saya suka taugeh ni, tapi ada kala lenguh mulut mengunyah..
salam yana...
yep simpal dan bes..
salam azian...
Yee kee, woww nak try nanti...
salam sari yusa...
Ada org panggil taugeh kasar, sebab taugeh tu diperbuat dari kacang soya..
salam littlehumblelynn...
Betul tu, senang dimasak, cepat dimakan...
salam ain...
Betul tu kak, feberet saya juga..
salam indah house...
Kalau nak kacang tu lembut, asingkan dan masak dulu kacang tu, bila dah lembut baru masukkan badan taugeh..rasa dia sedap , lemak2 mcm tu..
Kalau nak bagi k.ct makan..k.ct makan udang jer lah ya...hehehe
ReplyDeletesalam kak CT...
ReplyDeleteakak nya udang galah gulai dgn nenas..amacam..orait ke?...
Salaam Mat...
ReplyDeleteOoo toge kepala besor tu eh? Kalau masukkan tauhu dipotong dadu, laaaagi best!
salam mamafami...
ReplyDeleteYeaaa betul tapi itu tauhu elek ini hari, psttt exceli ada, tapi aku dah belasah goreng, makan dgn sambal kicap...last2 nyesal!...
ohhh togeh soya ke namnanya
ReplyDelete