Ikan Tumis Rendang Asam
Assalammualaikumm semua, dah makan tengah hari ke?... Hari ni nak share satu resipi mudah dan ringkas. Semalam skodeng kat blog Kak Ummi Kuantan, nampak dia masak ikan tumis rendang asam...nama sikit punya panjang kooo, konon2 taraf kerabat, tengku2 segala...Sekali tengok bahan dia, senang nak dapat, pendek kata bahan masakan seharian dirumah. Rasa pun sedap, makan dengan nasi hangat2. Kalau kak ummi guna ikan merah, mat pulak guna ikan kembong jenis besar tu, aku masak 2 ekor kooo, yelah kalau seko2 tak cun boh dalam pinggan antik, macam jantan mati bini jee ropanyaa...ahaks... Apa2 pun terima kasih mat pada kak ummi kerana share resipi warisan ini (warisan lah, sebab kak ummi kata, mak dia yang selalu masak lauk macam ni dedulu...).

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong saiz besar (resipi asal guna kepingan ikan merah)
5 biji bawang merah, hiris kasar (mat guna 1 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih, hiris kasar
2 cm halia, hiris halus
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1/ cawan jus asam jawa
1/3 cawan air
1 camca kecik serbuk cili (mat guna 1 camca besar cili kisar)
1 biji tomato, belah 6
Daun bawang, dihiris (untuk hiasan)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, kelar2 sikit ikan tadi, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan hiris hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah jus asam jawa dan air. Kacau rata, masukkan ikan dan masak hingga kuah pekat.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan tomato belah. Kacau dan matikan api. Alih dalam bekas sesuai dan tabur dengan hirisan daun bawang jika suka..