Asam Rebus Tempoyak
Salam Jumaat, apa khabar semua....mat ok-ok saja, walau pun aku stresss gilaa nihh, nak cerita pun malas, tapi ramai yg dah agak bahawasanya kampung kami tak dak bekalan air dah masuk 6 hari!!!....Gilaa kooo, aku buat apa2 semua ada limit, nasib baik lah ada 1 tangki gergasi kat rumah "misteri"...boleh juga lah bernafas...sabar jee lah, nak bising2 pun tak guna. Ok, hari ni mat masak asam rebus tempoyak...yang tak makan tu sori ek, lepas tu campur pulak belimbing. Ikan boleh guna apa2 ikan kegemaran, mat guna ikan tongkol atau nama komersialnya "tuna"...sedap ni hirup2, sambil tu boleh juga melupakan stress yang betul2 make my blood go up stairs!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 ekor ikan tongkol
10 biji belimbing buluh
2 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1 helia daun kunyit, disiat2
1 camca besar tempoyak
Garam dan gula
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
15 biji cili padi siam*(*ditumbuh halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Belimbing buluh dikerat 2 tapi jangan putus, buat hingga habis dan rendam. Gaul tempoyak dengan bahan tumbuk halus. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk + tempoyak dan serai hingga harum, tuang air, masukkan asam gelugor dan kuib ikan bilis. Bila mendidih masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. (kalau sesapa nak guna serbuk perasa..silakan).
  3. Masukkan daun kunyit dan belimbing buluh tadi, kacau dan biar 1 - 2 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas. Rasa asam rebus ni ada sedikit masa, sebab dah nama pun "asam" rebus.....