As'laikum semua, selamat petang..tengah buat apa tu...Semalam singgah di dapur kak CT Delima, ternampak dia buat kuih bakar labu @ bingka labu.. Dulu2 mat pernah juga buat, tai dah lamaaaa....Memandangkan stok labu kat rumah ni punyalah banyak, mat pun buat jugalah kuih bakar labu ini....Resipi ni kalau sesapa suka manis boleh tambah kuantiti gula dia ye...Yang ni rasa dia manis "ala2" saja.....
Lepas tukan yang paling mat teruja menghidangkan kuih dalam tea set kangkung lama keluaran dulu2....nampak klasik kan....Kalau sesapa yang ada tu, boleh lah guna untuk hidangan minum petang... Resipi ni mat pernah letak dulu2 di MyResipi...dan ada gambar langkah demi langkah dia kat sana...boleh lihat disini......
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus
CARA MEMBUATNYA :-)
Lepas tukan yang paling mat teruja menghidangkan kuih dalam tea set kangkung lama keluaran dulu2....nampak klasik kan....Kalau sesapa yang ada tu, boleh lah guna untuk hidangan minum petang... Resipi ni mat pernah letak dulu2 di MyResipi...dan ada gambar langkah demi langkah dia kat sana...boleh lihat disini......
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
- Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
- Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
- Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.
14 Comments
alahaiii..nampak sedap betul bila perut tgh lapar nih.. hehe..
ReplyDeleteMat.. cantik nya pinggan lama tu mat. ditambah lak ngan bingka labu mat tu.Kat umah ni pun ada lagi sikit labu tu mat.Agak2 nya nak buat apa erk..?
ReplyDeletesalam cmg.terliur nengok kuih bakar labu cmg.terhidang cantik dgn pinggan berbunga tu.
ReplyDeleteseksinya kuih bakar labu tu atas pinggan bunga kangkung
ReplyDeleteMat...sedapnya Mat...pandai betul kau ni. Pakkal tak ada adik kalau tak leh beripar duai.
ReplyDeletesedap bingka labu ni kan. minggu dpn, saya telah di arahkan buat bingka labu utk majlis tahlil perdana. boleh cilok resipi ni lah. tq ye cik mat.
ReplyDeletemat, perut kenyang lepas makan labu bakar tu, mata pulak bersinar lepas tengok set tu...bahagianya aku
ReplyDeleteSalam CM, jalan2 cari makan ni..kita suka datang sini tau..
ReplyDeletesalam mat,
ReplyDeletekalau nak kukus boley x?
hi Mat,
ReplyDeletelong time no leave comments here....but visit u all the time..
i pun selalu served food in this set...lagi2 gulai labu ngan sambal belacan he he
Mat...memang jeles-meles tul niiii...set bunga kangkung tu cantik bebenor...kena je dgn kuih tradisional camtu..mmg ngam..piring kuih tu nampak menarik betuiii laa..adehhhhh jeles dah tahap gaban nih!
ReplyDeletesalam cikmat,dyg suka bingka labu tu,mak pembuat kueh2 tradisional ni,mak buh tepung beras ckit dlm adunan ni,rasa enak skali.
ReplyDeletesalam jumaat
Salam Cik Mat. Geram tengok set pinggan mangkuk tu...mana nak cari bunga kangkung tu zaman ni Cik Mat ooi! Bingka labu tu rasa2 macam nak try ler..Nanti nak cari labu kat pasar Tani. Nak cari labu...nak cari labu...nak cari labu...nak cari labu....
ReplyDeletesalam perkenalan cik mat,
ReplyDeletesaya jumpa blog cik mat masa menggoogle 'bingka labu' dan semalam terus try resipe cik mat ni. sangat sedap dan menjadi bingka labu saya! :-)
thanks 4 sharing the recipe! :-)