Hari ni macam terajin nak mencuba "Pandan Cheese Cake"..kutip kat blog Hana dari Jepun tuu (boleh tengok kat sini)..dia tu kelas leer, masak apa2 semua nampak sedap dan mengiurkan...jeles pakcik...Hana aku tau lahh ko orang jawa...tapi bahasa jawa yg ko tulis dalam satu n3 kat blog ko duluuu..sepatah haremmm pakcik tatau....hehehehe.
Resipi asal dai "Onigiri"....yang bestnya kek ni tak guna cream cheese yang harga very the cekik darah tu (untuk orang yang duduk Malaysia, harga cis memang cekik darah!!!)...Pastu modal kek ni pun tak de lah besar mana, setakat sederhana je, rasa pun sedap, tak manis dan tak muak...Hana buat dalam tin bulat 20 cm, mat guna tin bulat 23 cm...tu pasal tak tinggi sangat....
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
- Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
- Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
- Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
- Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong...Memang sedap u!!!
17 Comments
amboi Mat....sambil dok blogging sempat lagi eh buat kek?tabekkk springgg toinggg toinggg la hehe ;)
ReplyDeleteMat, cepatnya jangkit pandan cheesecake Hana kat ko...mentang2 bsru baik domam, batuk semua ya? Nampak gebus betul eh..harus masuk list gak la nmpaknya...hehe..mcm rajin sesgt akak nk buat..ntah bila..hehe
ReplyDeleteamboiii..cepatnya sampai kek dari jepang ni ya..jauh gak sampai ker sedenak hehehe mat kalau banyak lagi anto2 lah ke setapak ya :-)
ReplyDeletenampak menarik le cake tu c.mat...kena try nie..he..he
ReplyDeletelynna...
ReplyDeleteResipi dia i dah salin sejak hari jumaat lepas, tu pasal semalam usaha juga utk membuatnya sebelum termalas...
kak ummi...
Sejak baik demam ni, kita jadi kemaruk lah..hehehe, alah kak ummi tu kata je, tgk2 dah masuk dalam blog je kek tuu...
kak ct...
tu lah mmg ada lagi 3/4 ketul tuu...maklumlah hari cuti budak2 tak dtg..kena lah tunggu Isnin, depa dtg...tau2 licin jee..hehe.
Qistina...
Cuba jgn tak cuba, sedap, tak manis, cuma 70 g gula jeee!!!
nampak senang je resipi ni. boleh tryyyy!!!!
ReplyDeletecantiknya pandan Jepun cheesecake ni!!..nak cuba buat with pandan Mat pulak!..dah cuba buat saja with creamcheese,tapi gambar tak cantik,so tak jadi nak post.
ReplyDeleteain...
ReplyDeletesenang dan mudah dibuat..sedap dan tak manis...nanti i nak try guna perisa keladi pulak...
BeachLover Kitchen...
Must try this one...simple saja, tapi sedap..dan tak mahal...
"..dia tu kelas leer, masak apa2 semua nampak sedap dan mengiurkan..."
ReplyDeleteYang menulis tu pun, 2 x 5, 5 x 2! Jeles makcik!!!
salam cik mat...akak dah buat dah kek ni...akak salin dari rumah cik mat ye..c & p aje tau..
ReplyDeletemamafami...
ReplyDeleteHahaha..mama, kita ni setakat kelas "tadika kemas" jeee....ahaks!!!
kak ina KL...
Terima kasih kerana sudi mencuba yeaa...harap dapat memenuhi selera kak ina sekeluarga..
salam cik mat....ni nak kena cuba niee.
ReplyDeleteWow, looks so delicious. I have to give this a go soon.
ReplyDeletesaya dah cuba kek ni. dia punya consistency tu macam cair sangat, maklumle first time nak buat cheese cake ni. dah tu saya pegi tambah tepung. dah jadi macam bingka pulak...
ReplyDeletedan lagi satu, kek ni tak payah buh baking powder ye?
Salam Mat...saya dh cuba resipi ni.tp mcm x masak je 40 minit.saya bake lg 20 minit, pun x masak lg...any suggestion?saya punya oven cap ayam hehehe....
ReplyDeletewow...mesti sedap ni..mau cuba nanti...bestlah abg mat ni...semua yg dibuat menjadi..ape rahsia agaknye? hehe
ReplyDeleteAssalam...
ReplyDeleteIdak ler saya tau yg Cheesedale slice tu boleh guna utk buat cheese cake rupanya... emm kraft pun boleh lah kot...