SAMBAL LEMAK BELIMBING

Sambal Lemak Belimbing

Musim belimbing buluh kembali lagi, kat pokok tu penuh buah2 belimbing yang comel dan montel. Tadi mat buat lah sambal lemak belimbing, tapi bukan belimbing semata2, campur udang segar bagi rasa lagi sedapp....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan udang segar yang telah dibuang kepala dan kulit
8 - 9 biji belimbing buluh, cuci bersih dan belah 2 setiap biji
1/2 cawan pati santan
1/3 cawan jus asam jawa
2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang pati santan dan jus asam jawa, kacau rata.
  2. Masak hingga pekat, tambah udang dan bawang hiris, kacau rata, masukkan garan dan gula secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan belimbing, kacau rata dan masak 1 - 2 minit lagi. Matikan api, angkat dan hidangkan..
SAMBAL LEMAK BELIMBING SAMBAL LEMAK BELIMBING Reviewed by Mat Gebu on 2/05/2009 07:58:00 PM Rating: 5

4 comments:

  1. hai...berair mulut terbayangkan sambal belimbing buluh nih...selalunya makan dgn sambal ikan bilis je,ni satu kelainan..kena cuba nih

    ReplyDelete
  2. Mat your sambal cantiknya colornya ,merah api!! sakit tak sakit punya nak makan your belimbing sambal ni!!

    ReplyDelete
  3. adehlaaaa....cik ah mat gebu weh....apsal la ko suka sangat mengecurkan ayaq liuq org ni? terliur seyy...apa kata courier satu tupperware sambal belimbing ko ni kat aku? hehe ;p

    ReplyDelete
  4. Cek Mat ..Belimbing yang digunakan tu yang muda atau yang hampir ranum..sekali pandang macam acar buah pulak...

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.