SAMBAL GORENG KUPANG

Sambal Goreng Kupang

Nama saja sambal, tapi lebih macam sayur yang dimasak bersama2 kupang. Seakan2 sambal goreng jawa tuuu...Kupang boleh diganti dengan udang, jika suka.....Ok jom tengok resipi..sure semuaa boleh masak punya!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi kupang (kalau ada budget, letak lebih)
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
1/2 inci belacan + 2 camca besar air, hancurkan
1 camca besar jus asam jawa
2 camca besar sos tiram
1 keping tauhu, dipotong kiub dan goreng
2 keping tempe, dipotong kiub dan goreng
2 biji kentang, dikupas, potong kiub dan goreng
7 - 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam sekejap
Garam dan sedikit gula
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupang dbersihkan (selalunya mat buang seketul kotoran yang ada pada kupang tu) dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kupang dan goreng sekejap. Tolak ke tepi kuali dan masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah/hijau. Tumis hingga layu dan gaul bersama kupang.
  2. Masukkan sos tiram, belacan dan jus asam jawa. Kacau rata dan tambah tempe, tauhu, kentang dan kacang panjang. Tuang air dan gaul rata.
  3. Tambah garam dan sedikit gula, masukkan soo hoon(toskan dulu), gaul hingga mesra dan masak hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat...

Post a Comment

6 Comments

  1. kupang makanan kegemaran lin mat uii...tp selalu beli greng garing pastu tumis mask bawang kicap...ermmm sedap nye

    ReplyDelete
  2. a'ah lah mat..ct pun suka sgt2 kupang ni..kalau beli pun sikit jer coz yg lain x reti makan hehehe


    kalau dapat yg jual kat setulang laut tu lagi ler sedap kan :)

    ReplyDelete
  3. kupang dgn hala2 makhluk yg sama ke mat..?? :D

    kalo hala2 mmg fav kami sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. wahhh, setiap kali layar laman makan Mat Gebu ni... habis perut main keroncong walaupun telah makan!!! :'-(

    Pandai ambil foto pulak tu :-)

    Ni kalau boleh tu boleh adakan satu ruang utk gambar bahan-bahan masakan serta nama sekali? Kadang2 dalam Wikipedia tak ade gambar utk rujukan.

    Macam kes Si Kupang ni..bila masuk internet, Kupang tu sebuah bandar di Timor Barat :-D

    Lepas beberapa minit baru terjumpa gambar Kupang tu... Kupang ni di Eropah dikenali sbg Mussels tapi banyak jenis dan hanya disyorkan membelinya dlm bulan-bulan tertentu.

    Kupang yg dimasak dlm resipi ni Kupang segar tempatan atau yg dibekukan?

    ReplyDelete
  5. Mat Mat...at last I boleh visit your site today!! menangis I ni tak boleh buka blog Mat,tak tau kenapa ,hanya boleh tengok background biru saja since 2 weeks ago..miss your beautiful photo Mat..I think it's your internet carrier problem..Hmmmm..kupang tu apa?? setahu I kupang tu duit kan? lol! sorry for my ingornance.

    ReplyDelete
  6. salam..boleh tak masak resepi kupang yang guna kulitnya sekali...saya suka rebus halia je...tapi jemulah...nak jugak masak lain...kalau yang dah buang kulit tu..dah banyak kali saya masak...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.