Advertisement

Main Ad

CHICKEN BLACK PEPPER

Chicken Black Pepper

Ini masakan guna perencah instant black pepper keluaran "MAGGI"...sejak2 puasa ni kan malas tau nak bersusah2 payah, berhempas pulas kat dapur....Tapi tak delah selalu guna yang segera2 ni. Walau pun nama "segera" kita perlu juga tambah sedikit bahan2 lain...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam, potong ikut suka
1 paket rempan black pepper "MAGGI", bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang leek, dikerat2
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji tomato, belah 6
1/2 inci halia, hiris halus
1 camca besar kicap cair
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci ayam, toskan, gaul sedikit garam dan 1/2 camca besar serbuk kunyit, gaul rata. Goreng ayam hingga masak, tetapi tidak garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang putih, halia, leek, cili hijau dan merah hingga layu. Tuang rempah black pepper dan gaul rata.
  3. Masukkan kicap cair dan air. Masukkan ayam dan hirisan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan hidangkan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Sedapnya nmpak ayam black pepper nih..kalu akak tukar ayam boleh x pakai instant paste yg sama ni Mat? Heheh..virus M dah melanda gak ni..pening duk fikir juadah apa nk masak nih!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam cik mat..
    saya teramat suka skali blog cik mat setiap hari saya mesti tngk nye...
    saya dah cuba masakan ini ehm...sedap, sedap sekali (my hubby luv it)
    1st trial saya gunakan ayam 2nd time saya gunakan ikan tongkol aduh, aduh sungguh lazat cik mat...t/kasih krna berkongsi resepi
    salam syg dari s'pura

    ReplyDelete