KEK MARBLE

Kek Marble

Mat cuba buat satu resipi kek marble dari buku "Cake Talk" oleh "Wendy Kor"....lembut dan lembap....

Kek Marble

Bolehlah buat2 menambah resipi kek untuk hari raya akan datang nanti......

BAHAN-BAHANNYA :-)
240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung halus (mat guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esev vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek dengan sedikit mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (jika guna bund pan, sapu mentega rata2 pada bahagian dalam tin kek dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung). Ketepikan. (mat guna acuan kek "silicone"......terima kasih pada "Kak Rozie Rembau").
  2. Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata. (dalam gambar mat campur sekali susu dengan esen vanilla).
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.
  5. Sudu kan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2....

Post a Comment

23 Comments

  1. Cik Mat,
    tengok u buat kek ni.. rasa mcm nak buat jugak! tengok le bila balik dr opis ni.. klu rajin, jadi le kek marble i pulak..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..
    it looks very perfect cik mat!!

    mesti sedap ni..
    shiny2 lagi..

    ReplyDelete
  3. Hmm, nampak sedap ni!
    Cik Mat, nak tany, silicone mould ni berbaloi tak? Nak beli tapi harga dia ermmm, boleh tahan. Kalau bagus, boleh lah melabur sikit :)

    ReplyDelete
  4. salam mat..i dah try kek marble susu fr. previous post..yg mana lg best..this one ker yg marble susu tu?

    ReplyDelete
  5. salam cik mat..ya amponn cun banget kek marble cik mat nih...nmpak mmng moist2 gitu..
    free nnti nak try wat lah..:-)

    ReplyDelete
  6. aduh....rasa nak jilat2 screen pc ni ngk kek cik mat ni ha...
    heheheh

    ReplyDelete
  7. Mat, cantiknya Mat pusing chopstick tu, jadi cantik jek! Ini letak selang-seli bertindih ke, selang-seli sebelah menyebelah nih? Menyelerakan nmpak moist gitu..

    ReplyDelete
  8. Oh ya Mat, nnt dtg rmh akak amik award Arte y Pico k! Jgn lupa tau!

    ReplyDelete
  9. So delish-looking Marble cake and stunning marble effect too !

    I have wanted to buy this book for sooo long ,can you tell me at which bookstores you get it and what's the ISBN number ???

    Thank's in advance and by the way wonderful foods and pictures you have got here !
    Keep up the good work !!!!

    Regards,
    Anita

    ReplyDelete
  10. salam ramadan mat, toys ko ni cantik la mat, kakmOn nak pinjam boley *jeling kit merah ati ayam atas meja* :D

    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  11. Wah.. mixer kitchen aid tu mau terbang ribu riban tu.. Mesti kek yang dibuat gebu jugak

    ReplyDelete
  12. ovallate tu juga dikenali sebagai Quick 75 / aponge stabilizer.

    ReplyDelete
  13. salam cik mat....
    kek marble mcm nie kalo kukus bleh x???pasal umah xde oven laa

    ReplyDelete
  14. unsalted butter tu cemane ye.. ade contoh jenama tak

    ReplyDelete
  15. unsalted butter ade byk jual kat pasaraya besar. even kat mydin pun ade. dia ade tulis kat packaging tu unsalted butter. kalau xsilap, antara contoh brand is Philadelphia. biasenye unsalted butter ni pricey skit as compared to salted butter.

    ReplyDelete
  16. salam mat...puteri dah try resepi ni, memang best. Terimakasih Mat

    ReplyDelete
  17. waaaa ! resepi nyh mang sedappp . my mom da try :)

    ReplyDelete
  18. lagi tengok orang buat kek cunn cunn lagi lah rasa saya sesangat kurang pandai...namun lega boleh belajar dari sifu2 masakan yg ramai di alam maya...spt CMG one of the sifu's..

    ReplyDelete
  19. Saya nk try recipe nie..labu ade...thanks CMG for ur recipe...:)

    ReplyDelete
  20. BERKENAN BETUL KAT MOULD TU... MAT BELI KAT MANA YA? BOLEH SAYA TAHU? BRP RM TU......CANTIK LAH KEK NYA DAN SEMESTINYA SEDAP , KAN!

    ReplyDelete
  21. untgla dpt org baik mcm awak ni. .Bagi resipi siap tunjuk cara2 skali. .terima kasih byk2. .

    ReplyDelete
  22. Baru je try buat,...tq ya encik mat utk resepi,....hrp2 customer suka

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.