LAPIS PANDAN MUTIARA

Step By Step 1188

Ini kali ke dua Mat buat kek lapis, terima kasih pada teman2 blogger, Kak Pah, Fidah, Dayang, Eda, SL, Jo, Kak Rozie, Rozzan dan yang lain2..sebab mereka lah mat terpanggil nak buat kek lapis nih......Eh, macam tercabar u!!!!....

Bahan-Bahannya :-)
300 g mentega
250 g tepung Hong Kong
250 g gula halus (mat guna 200g)
200 ml susu sejat*
1/4 cawan air*(*disatukan)
1 paket santan serbuk
10 kuning telur*
4 putih telur*(*gred A)
1 1/2 camca besar ovallate
1 camca teh pandan paste
16 batang biskut jejari (seperti gambar dibawah)



Cara membuatnya :-)
  1. Putar mentega hingga putih, ketepikan. Dalam mangkuk adunan yang bersih, putar gula dan ovallate hingga bergaul. Masukkan kuning dan putih telur, putar hingga kembang.
  2. Satukan tepung bersama santan serbuk, gaul rata. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dgn susu tadi hingga habis. Masukkan mentega dan pandan paste, gaul hingga rata dan sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan oven pada suhu 175C, gunakan fungsi "grill" (suhu bergantung pada oven masing2). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak.
  4. Sudukan 5 camca besar adunan kek ke dalam tin, ratakan dan grill 5 minit atau hingga kuning keemasan. Masukkan 5 camca besar adunan, ratakan dan buat kaedah sama sehingga 4 lapisan. Jika ada gelembung udara, cucuk dgn lidi sate, dan tekan sedikit menggunakan belakang sudu.
  5. Pada lapisan ke lima, susun biskut jejari (seperti dalam gambar), bakar seperti kaedah no 4. Kemudian diikuti dengan lapisan biasa sebanyak 4 lapisan dan lapisan ke 10, susun biskut jejari lagi. Pada lapisan terakhir kek lapis, bakar menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit.
  6. Sejukkan sebelum dipotong, pastikan memotong kek secara melintang untuk mendapat potongan biskut jejari berbentuk bulat2....Selamat mencuba...

Post a Comment

13 Comments

  1. Awat rajin sangat ni Mat? Cubalah bawak-bawak bertenang... ahakss....

    ReplyDelete
  2. Hahaha....mama, mat tgh "hot"..."panas"..."geram"....dan mcm2 lagi lahh sekarang nihhh...ahaks...

    ReplyDelete
  3. kita ingatkan apa benda yg bulat tu, rupanya biskut tu..cantik kuih ni.

    ReplyDelete
  4. dyg suka kek ni,tp malas nak menyusun roti biskut tu,keh keh.mtk ler ckit eh!.ahha

    ReplyDelete
  5. like to see these cakes but too many eggs make me stay away from trying to make the cakes

    ReplyDelete
  6. yasmin...
    yep tu biskut jejari..

    dayang...
    Uikk...segan laa "sifu" kek lapis mintak kek kita..nanti nak try resipi dayang tu....tungguuuuuu!!!!!!!

    Datin Zai...
    Setuju dgn datin, itu pasal, mat buat sekali sekala, sebab seramm tgk telur, ada yg guna 20+ eggs...lagii takuttt!!!

    ReplyDelete
  7. Cantik sekali kek lapis ni..bila lah nak terer cam Mat...

    Dapurku yang tak seberapa:
    http://rahaniss.fotopages.com/

    ReplyDelete
  8. biskut upanyer..ingat ker aper tu..kreatif sgt :)

    ReplyDelete
  9. leh tanya skit.Kalu tepung Hong Kong tu ganti gan tepung superfine leh ke?

    ReplyDelete
  10. Wah..terer sekali mat buat kek yg selalu nya menjadi trademark org sarawak..Sekarang ni semua dah pandai buat kek ni dah.

    lama tak jenguk sini..Lapar tgk hidangan ni semua..Alahai,jamu mata je lah..

    ReplyDelete
  11. haniss...
    Mat pun baru nak belajar...tgh merangkak2 sambil bergolek2 lagi nihh..

    Kak Combi...
    yap biskut jari2..yg comel2 tuuu...kalau dok dekat sabah, mat guna "pearl" betul jeee..

    rozi..
    Yep boleh guna tepung superfine, rasa mat sama je, teksture tepung HK, Superfine atau tepung halus..

    Pat..
    U pun boleh buat...mat tak pandai sgt, tu pasal lapis dia kasar2..

    ReplyDelete
  12. abg mat..
    nak tny lah
    antara lapis2 tu mcm ade yg warna coklat nipis tu kan..abg letak ape ek?

    dh try resepi kek lapis asam manis..sme org sukaaaaaaaaaa sgt mkn :D happy..happy

    tenx

    ReplyDelete
  13. kat mn nak tepung hong kong,klu tepung lain xboleh ke?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.