

Bahan Untuk Kek :-)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
76 g mentega, dicairkan
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca teh air
1 camca teh esen vanilla
Bahan Untuk Lapisan Keju :-)
250 g cream cheese
90 g gula halus
150 ml susu cair
15 g gelatin halal
100 ml air
6 biji strawberry segar, dilenyek halus
Bahan Hiasan :-)
Beberpa biji strawberry
Croquant (kisaran bertih jagung) secukupnya
Sedikit piping jelly
Cara membuatnya :-)







- UNTUK KEK :- Putar gula dengan ovallate hingga rata. Masukkan semua telur dan putar pada keljuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahan kan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian air, esen vanilla dan mentega cari. Gaul rata. Tuang dalam loyang 9 inci (23 cm), dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Kek dibahagi kepada 2 bahagian. Kemudian kemaskan supaya kek tadi muat ke dalam acuan spring form pan berukuran 8 inci.
- PENYEDIAAN GELATIN :- Satukan gelatin dengan 100 ml air, kacau rata. Masukkan bekas berisi gelatin tadi ke dalam air mendidih dam kacau hingga gelatin cair dan jernih. matikan api dan biar periuk berisi gelatin terendam.
- PENYEDIAAN KEK :- Isi 1 keping kek tadi ke dalam acuan spring form pan berukuran 8 inci. Kemaskan dan tabur dengan sedikit cincangan strawberry. Ketepikan.
- Putar cream cheese dengan gula halus hingga rata. Tuang susu dan putar lagi hingga gula larut, masukkan strawberry yang dilenyek tadi, gaul rata. Kemudian tuang gelatin tadi dan putar hingga sebati bersama bancuhan cream cheese.
- Tuang 1/2 bahagian cream cheese atas kek tadi, ambil baki kek dan letak atas cream cheese tadi, tekan2 sedikit dan akhir sekali tuang baki cream cheese. Ratakan dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam.
- Kemudian. Keluarkan kek dari acuan (larikan pisau panas disekeliling kek unutk memudahkan kek tanggal). Hias dengan strawberry segar, sapu piping jel di sekeliling kek dan tekap dgn "croquant" sebanagi hiasan.
6 Comments
cik mat, nak tanya..mixer tu brand master chef keenwood eh? berapa ye harganye?tq
ReplyDeletesalam Afid..
ReplyDeleteMixer tu jenama "Kitchen Aid"....mat dah guna 10 tahun mixer tu..best!!...Sekarang kalau tak silap harga dia RM2400, series Artisan..
cis cis cis!
ReplyDeleteciskek!
waaa, cis ku pun dh hampir expired!!
nk kne 'botox'kn die neyy..
aiyyoo :p
salam cik mat, kalau kat mesia kat mana boleh dapat? or kene beli online je..
ReplyDeletenway, sbnarnya sy ada mixer brand CKE 2kg..ingat nak jual n beli yg ni..lebih mesra kalu nak buat adunan sikit2 kan..heheh
Alhamdulillah... sempena hari terakhir 1431H dan nak sambut awal muharam esok...tercapai juga buat stobery cheese cake....
ReplyDeletekalau ikut betul2 resipi che mat ni memang menjadi.... ermmm..sedappp...
kalau makan ni mesti terbaik..tapi tak minat kek
ReplyDelete