CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Muffin yang mudah, ringkas dan sedap dari "Noreen UK". Jumlah muffin bergantung pada saiz muffin cup yang digunakan, jika gunakan muffin cup seperti dalam gambar, kita boleh dapat lebih kurang 12 biji muffin...

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
  2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...
CHOCOLATE CHIPS MUFFIN CHOCOLATE CHIPS MUFFIN Reviewed by Mat Gebu on 1/10/2008 01:07:00 AM Rating: 5

5 comments:

  1. cik mat..saya dah banyak kali buat muffin macam2 perasa guna resepi ni..tapi masalahnya kadang2 muffin saya tak naik di tengah2..tapi melimpah kot tepi...camne nak buat? pls help...

    ReplyDelete
  2. hemm... dh cuba.. tp naper tah xpecah muffin ni.. pe pun.. sedap bangat lah...

    ReplyDelete
  3. A'kum Che Mat, saya pun ada masaalah yg sama mcm miss - muffin/cupcake tu jadi senget pulak..suhu tak betul ke apa ek!

    ReplyDelete
  4. mana beli bekas muffin tu? Canteknyer... If only they are available kat local supermarket di Pekan ni alangkah eloknyer.. Perlu cuba resipi ni

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.