RESIPI KEK PASTRI BUAH-BUAHAN - Dapur Tanpa Sempadan...

Tuesday, September 25, 2018

RESIPI KEK PASTRI BUAH-BUAHAN

rsz_fpc
Assalammualaikum, salam semua. Petang ni che mat kongsikan satu resipi yang tengah viral di alam maya, iaitu kek pastri buah-buahan. Sebenarnya kek ini bukan lah baru bagi kami blogger2 masakan, malah che mat sendiri pernah bikin dulu. Ketika kami blogger2 masakan tengah rancak berblog dulu, pantang ada resipi menarik yang blogger masakan dah cuba, pasti kami pun terikut2 untuk mencubanya. Setelah beberapa tahun, kek ini menular balik dan menjadi hot di instagram dan facebook, ada yang sampai buat business, alhamdulillah, sekurang2nya dapat juga menambah pendapatan. Resipi asal kek ini dari Rima, seorang blogger dari Singapura yang begitu hebat membuat kek terutama kek lapis....

rsz_fpc1
Pada che mat untuk membuat kek pastri buah2an ini tiada sangat pantang larang, yang penting buah2an harus segar dan pilih buah yang jenis kurang berair seperti stroberi, blueberi, peach, kiwi atau sebarang jenis buah beri. Che mat guna buah2 yang ada dalam peti sejuk dan kebetulan buah peach takde, jadi gantikan nanas dalam tin. Resipi asal, buah2 tadi akan digaul terlebih dahulu dengan sedikit gula halus, tapi che mat skip proses tu dan gula dalam resipi kek juga che mat kurangkan sedikit. Tak menjadi? In sha Allah takde masalah, dan menjadi dengan sempurna. Selain gula, yogurt juga che mat gantikan dengan susu segar yang ditambah dengan secamca teh pati minuman oren sunquick, ini akan memberi rasa lebih sedap dan wangi. Kalau nak mencuba, che mat tuliskan resipinya di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram mentega tulen
130 gram gula kastor
3 biji telur gred A
210 gram tepung gandum*
1 camca teh rata baking powder*(*disatukan dan diayak)
Secubit garam
60 ml susu segar*
1 camca teh pati minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla (che mat tak guna, tapi kalau kita guna yogurt, gunakan esen vanilla)
8 biji buah stoberi, cuci, lap kering dan belah 2 setiap 1
1 genggam buah blueberi, cuci dan lap kering
1 biji buah kiwi, pilih yang keras sikit, kupas dan hiris sederhana tebal
4 - 5 gegelang nanas dalam tin (saiz kecil), dilap kering dan potong 2 setiap 1

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 1 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak dan lebihkan kertas pada bahagian kiri dan kanan tin, tujuan untuk memudahkan kita keluarkan kek bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Putat mentega dan gula kastor hingga pucat, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang dan gula hancur. Tambah garam dan esen vanilla, (jika guna) dan putar rata. Perlahankan kelajuan mesin dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
  3. Tambah bancuhan susu segar + pati minuman sunquick tadi, putar hingga semua sebati. Matikan mixer, gunakan spatula dan gaul adunan hingga betul2 rata. Tuangkan ke dalam tin yang telah disediakan tadi, ratakan. Susun buah2an secara berselang seli di atasnya, jangan di tekan. Bakar dalam oven selama 50 - 55 minit atau hingga masak. dan permukaannya sedikit keperangan. 
  4. Keluarkan kek dari oven, biar sekejap dan keluarkan kek dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan ayakkan dusting powder (gula khas untuk diayak atas kek, boleh beli di kedai2 baking) sebelum dihidangkan, Selamat mencuba!

2 comments:

Sis Lin said...

Salam Mat..

Ramai dah buat, aku pun rasa dah menggigil macam nak buat gak ni...
Tungguuuu..

Hasrul Hassan said...

Lama rasanya tak makan kek ni. Wife pun dah semakin sibuk, kalau tak dia memang rajin buat kek.

HasrulHassan.com

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.