RESIPI RENDANG SOTONG KACANG PANJANG - Dapur Tanpa Sempadan...

Monday, July 23, 2018

RESIPI RENDANG SOTONG KACANG PANJANG

rsz_rskp
Assalammualaikum, salam semua...Cakkk!, che mat sini, alhamdulillah masih hidup lagi dan masih ok. Apa?, dah jarang update blog?..Hurmm, ceritanya begini, bukan tak masak, tapi masak resipi biasa2 dan yang dah kerap kali che mat kongsikan resipinya di blog. Nanti bosan pulak, jadi che mat tukar port ke ig dan fb, maksudnya mana2 resipi yang dah kerap buat, kita taruk di ig dan fb. Hari ni che mat masak rendang sotong taruk kacang panjang. Sotong boleh buat redang? Boleh waak, kan kita yang buat dia, tapi ada caranya. Selain kacang panjang, boleh juga kalau nak taruk nangka muda, cuma nangka muda tu kita rebus dulu kasi empuk. Satu yang perlu diingatkan bila merendang sotong ni, jangan masak lama2, nanti sotong bertukar jadi tiub lori, keras, tu jam boleh terkehel gusi mengunyahnya. Che mat kebetulan ada 2 ekor sotong saiz besar (kurang lebih 800+ gram), jadi sebelum dimasak, che mat kelar2 sotong tu. Kalau guna yang saiz biasa, boleh dipotong bulat2, takde masalah. Resipi seperti di bawah, jangan lupa mencuba!

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gm - 1 kg sotong
5 tangkai kacang panjang
1 camca besar cili kisar
1 cawan pati santan (boleh guna santan kotak)
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit, dimayang halus
1 camca besar penuh rempah kari ikan baba's
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
1 camca besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai, dihiris
30 biji cili padi kampung (boleh kurangkan atau diganti dengan 2 biji cili merah)
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dicuci bersih, buang dakwatnya, muncung dan mata sotong, kendian dikerat. Bahagian badan sotong dibersihkan dibelah dua dan dibersihkan. Kelar2 bahagian dalam sotong (kelar kanan dan kemudian kelar kiri secara serong), kemudian potong pada saiz sederhana, buat kaedah sama untuk baki seekor lagi, cuci dan toskan. Jika guna sotong saiz kecil, boleh dikerat bulat2 saja. Panaskan air dan celur sotong tadi selama 20 saat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 3/4 cawan. Sementara minyak panas, satukan bahan2 kisar halus dengan rempah kari ikan, kacau rata hingga menjadi pes. Bila minyak panas, masukkan pes rempah dan cili kisar. Kacau rata dan masak hingga garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. 
  3. Masukkan santan, asam gelugor, gula melaka dan kerisik. Kacau rata dan masak hingga pekat dan pecah minyak. Tambah kacang panjang dan daun limau purut, perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan sotong yang telah dicelur tadi, gaul rata dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan terus matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi atau roti...Selamat mencuba!

No comments:

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.