RESIPI BISKUT THUMBPRINT

rsz_tpc0
Assalammualaikum, salam 10 Ramdan. Semalam che mat berkesempatan bikin sejenis lagi biskut raya, kiranya dah masuk 2 jenis lah setakat ni. Tapi kalau biskut2 biasa macam dahlia, semperit, kuih tart, biskut kelapa tu semua che mat tak jadikan entri lah yea, saban tahun resipi dia sama saja. Kali ni mencuba biskut orang dulu2 yang begitu menarik dan mudah dibuat. Resipi che mat dapat dari IG yang dikongsi oleh seorang IG'ers Indonesia. Biskut thumprint ini lebih kurang macam biskut tart juga cuma tak perlu dicetak, gentel2 sebesar ibu jari, tekan sedikit agar tengahnya lekuk, isikan dengan jem kegemaran anda dan bakar. Tapi untuk yang ini ada sedikit perbezaan, che mat tak tekan dengan ibu jadi (tau ajerlah kan, ibu jari kita kan saiz dinasore wakk!), che mat guna kan  peralatan untuk bikin bunga gula, ala alat2 plastik tu, kan ada macam2..yang bulat, yang tajam, yang pipih...boleh beli kat Mr Diy atau kedai2 menjual barang2 baking..

rsz_tpc
Jumlah biskut yang akan terhasil bergantung pada saiz biskut yang anda gentel. Kalau setiap satu adunan dia kurang lebih satu camca teh, mungkin akan menghasilkan kurang lebih 100+ biji biskut. Isian tengah tu terpulang pada selera masing2, nak taruk coklat atau jem. Che mat guna stoberi filling yang untuk orang bikin cheese tart tu. Selain mudah dipaipkan, lepas bakar ia lebih cantik dan tak meleleh. Tapi guna jem biasa dalam botol tu pun rasanya tak jadi masalah. Kalau guna jem raspberi pun sedap. Kalau nak cuba bikin untuk hari raya akan datang nanti, che mat tuliskan resipinya di bawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
80 gram gula aising, diayak
1 kuning telur
220 gram tepung gandum*
20 gram tepung jagung*
20 gram susu tepung*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
1/2 camca teh esen vanilla
Jem stoberi secukupnya (atau sebarang jem pilihan anda)
Kelapa kering secukupnya (anggaran 1 cawan)
Susu UHT secukupnya (anggaran 1/4 cawan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati dan pucat. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar rata. Perlahanlan mixer dan masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Bulat2kan doh, tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan dan rehatkan 10 minit. Ketepikan.
  2. Sediakan dulang pembakar, ambil secubit doh tadi anggaran dalam 1 camca teh, bulat2kan dan celup dalam susu UHT, kemudian golekkan dalam kelapa kering. Angkat dan susun dalam dulang pembakar. Tekan sedikit, kemudian buat lekuk di bahagian tengahnya (gunakan hujung jari telunjuk pun boleh, pastikan jari anda bersih ok!). Buat hingga siap.
  3. Sudukan jem stoberi atau sebarang jem pilihan anda ke dalam bahagian yang lekuk tadi, nak senang masukkan jem dalam beg piping dan paipkan. Bila selesai, boleh masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C dan bakar selama 20 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit sebelum, biskut dialihkan ke atas jaringan. Bila sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Pastikan setiap lapisan biskut dialas dengan kertas minyak untuk mengelakkan jem pada biskut melekat antara satu sama lain... Selamat mencuba!

Post a Comment

5 Comments

  1. Ooo baru aku perasan kenapa paggil biskut cap jari.
    Sebab lps buat gentel tu, tekan guna ibu jari ye hahahahaa

    ReplyDelete
  2. menariklah Che Mat. Kak Sari memang suka biskut yg ada jem2 mcm ni

    ReplyDelete
  3. Thumbprint cookies ini versi asalnya dari Sweden. Nama asalnya Hallongrotta. Just for your information.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.