Assalammualaikum, salam semua. Hari ni dah masuk 11 Ramadan, dan Syawal mula menghampiri kita. Che mat pasti ramai dah mula berkira2 nak bikin biskut raya. Ada yang tanya che mat kenapa awal sangat dah buat biskut raya? Sebenarnya memang timing che mat sejak dulu macam tu, sehari satu jenis biskut, tak kira lah biskut senang atau susah,sehari satu sudah cukup, tak suka stress. Lepas semua selesai baru buat kek kukus dan kek lapis, yang itu pun sehari satu jenis sahaja. Hari ni che mat buat biskut cornflakes style dulu2. Kata mak che mat, dulu2 masa dia muda, biskut ini memang terkenal dan kalau makan boleh mengimbau kenangan ketika itu. Jadi hari ni kita merajnkan diri mencuba. pertama kali buat dan hasilnya, alhamdulillah, cukup memuaskan..
Tercari2 juga resipi yang che mat boleh percayai, maklumlah tak pernah buat dan akhirnya che mat guna resipi dari sifu blogger masakan yang tak asing lagi, iaitu Kak Wan dari blog Resipicitarasawan . Bahan2nya mudah dan buatnya juga amat senang, tapi ikut kreativiti masing2lah untuk menghiasnya. Che mat buat secara origanal saja, takde taruk hiasan apa2. Resipi asal menggunakan cornflakes biasa, dan che mat guna cornflakes jenis kepingan kecil2 yang dibeli di kedai baking. Tiada jenama sebab jenis timbang. Cornflakes saiz kecil ini akan menjadikan biskut anda lagi comel, tapi guna yang biasa tu pun boleh, masih cantik dan sedap...Resipi che mat tuliskan di bawah ini, boleh lah mencuba untuk hidangan hari raya nanti...
280 gram mentega
180 gram gula kastor (che mat guna 120 gram gula aising)
1/2 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred B
320 gram tepung red rose @ tepung superfine (che mat guna tepung gandum biasa)*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda baikarbonat*
1/8 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
Cornflakes secukupnya (kurang lebih 500 gram)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan putar sebati. Tambah esen vanilla, putar perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan memang agak lembut. Rehatkan sebentar (kalau ikut resipi asal, adunan disimpan semalaman dalam peti sejuk, tapi che mat skip yang ni, lepas direhatkan sekejap, terus ajer buat).
- Sediakan mangkuk besar, tuang cornflakes dan ratakan. Masukkan adunan dalam beg piping besar, gunting hujungnya dan paip dalam anggaran 1 camca teh dunan ke dalam bekas berisi cornflakes tadi. Buat beberapa biji, kemudian golek2kan dengan cornflakes dan tekan2 sedikit agar cornflakes melekat. Alihkan ke dulang pembakar, jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang bila dibakar nanti. Buat hingga siap.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C (che mat guna suhu 160C, bergantung pada oven masing2) selama 20 - 25 minit atau hingga biskut kekuningan. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara... Selamat mencuba!!
2 Comments
terima kasih share resepi che mat...pasti cuba nt..npk sedap biskut ni..��
ReplyDeleteTelur tu guna dgn putih sekali ke?
ReplyDeleteSy ikut resepi sebijik..biskut rangup tp keras..
Sy rasa klau guna kuning telur shj..lembut sket..lembut rangup..