BEN ASHAARI

Tuesday, January 10, 2017

RESIPI ACAR RAMPAI

rsz_art
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni saja jer lah nak berkongsi resipi acar rampai. Ini antara menu kegemaran arwah Bak, hummm, tau tak, bila kita masak menu yang menjadi kegemaran orang yang telah pergi selama2nya, akan ada satu perasaan yang begitu sebak...rasa berat sangat hati, Tapi itu lumrah kehidupankan, kena terima dan redha. Alfatih Bak...huhu 😭. Berbalik cerita pasal acar rampai. Acar rampai ni paling sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi briyani. Tapi kau bedal dengan nasi putih pun tak kurang nikmatnya. Bahan2 tak susah, tapi perencah kena ada udang kering, barulah terangkat. Yang tak boleh makan udang kering, takpe, tak perlu taruk, cuma rasa tu ada berbeza. Ok, kalau nak mencuba, che mat kongsikan resipi di bawah ini....Jommm!!

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 biji timun
1 batang lobak merah
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
10 biji bawang merah kecil
7 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 camca besar udang kering. cuci dan toskan
3 - 4 camca besar cuka makan #Jalen
1 camca teh serbuk kunyit
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca teh biji sawi
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tomato
1 camca besar bijan, digoreng tanpa minyak, untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dicuci kemudian kerat 4 - 5 bahagian (bergantung pada saiz timun yang anda guna), belah dua setiap satu dan buang empulurnya. Kemudian hiris seperti anak mancis. Buat hingga siap dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambah serbuk kunyit dan 1 camca teh garam. Gaul rata dan perap 15 minit. Lobak merah dibuang kulit luarnya, potong pada beberapa bahagian dan hiris seperti anak mancis. Ketepikan.
  2. Cili hijau dan cili merah juga dikerat 3 - 4 bahagian, buang bijinya dan hiris seperti anak mancis. Bawang merah dibelah dua setiap satu, begitu juga bawang putih. Halia muda dimayang halus memanjang. Udang kering, digoreng tanpa minyak hingga wangi, kemudian tumbuk halus, ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 - 4 camca besar). Tumis kayu manis, bunga lawang dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan kacau rata. Tambah cili kisar dan sos tomato. Kacau dan masak hingga naik minyak. Masukkan gula secukup rasa, (anggaran 3 camca besar , atau anda boleh gantikan dengan gula stevia), kacau rata.
  4. Tambah cuka makan dan masak hingga pekat. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih dan lobak merah, kacau rata dan masak hingga lobak merah lembut. Sementara itu toskan timun dan perah sedikit airnya. Masukkan timun ke dalam kuali bersama2 cili merah dan cili hijau. Gaul rata.
  5. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit garam (sebab timun tadi kan dah gaul dengan garam). Kacau dan masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Masukkan bijan, gaul rata dan boleh hidangkan...Selamat mencuba!!..

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.