BEN ASHAARI

Wednesday, May 25, 2016

OTAK - OTAK ALA NYONYA

rsz_otak2_ala_nyonya
‘Hebat-hebat rasa Maggi®Cukuprasa™’, ungkapan dari artis Amy Mastura yang sering Che Mat dengar samada di kaca TV, corong radio mau pun di media-media sosial. Pada mulanya memang tak ambil kisah sangat. Bila ke pasaraya Che Mat biasa lalu di bahagian menjual bahan-bahan dapur, ternampak juga Maggi®Cukuprasa™, dan nak dijadikan cerita, satu hari tu tergerak hati nak mencuba, ok, ambil satu, kita cuba, kalau tak cuba mana nak tau betul ke tidak Maggi®Cukuprasa™ boleh menambah kelazatan dalam masakan kita. Sambil – sambil tu Che Mat teruskan beli barang-barang dapur sambil otak ligat fikir menu apa yang nak dimasak menggunakan Maggi®Cukuprasa™ ni, maklumlah baru nak mencuba buat pertama kali.

rsz_otak2_ala_nyonya2
Tiba-tiba teringat satu resipi yang memang dah lama nak buat, Cuma belum ada kesempatan nak mencuba. Dah terlanjur beli barang dapur, Che Mat beli sekali bahan-bahan mentah untuk buat Otak-Otak Ala Nyonya. Satu petua di dapur, jika anda hendak memasak satu-satu resipi, senaraikan bahan-bahan yang diperlukan agar semua cukup lengkap. Baru hasilnya lebih sempurna. Adakah dengan menambah Maggi®Cukuprasa™ masakan kita jadi lebih hebat dan mantap?....ehem, berdebar-debar dah ni…

rsz_otak2_ala_nyonyaaa
Dari apa yang Che Mat tau, Maggi®Cukuprasa™ ini diperbuat dari bahan-bahan terpilih. Dalam masa sama ditambah dengan bawang merah, bawang putih, garam dan penambah perasa. Jadinya bila kita memasak, tak perlu masukkan garam dan serbuk perasa (MSG), sebab semuanya dah cukup lengkap. Kerja memasak bertambah senang dan cepat jadinya.

Dengan begitu teruja, Che Mat taburkan kurang lebih ¾ camca besar Maggi®Cukuprasa™  dalam pes rempah untuk Otak-Otak Ala Nyonya. Memang betullah!, rasa dia memang berbeza. Enak dan tak perlu guna banyak dah cukup rasa masin dan lemaknya. Boleh guna dalam semua jenis masakan, pasti terasa kelainannya. Bila masakan kita lazat, pasti yang menikmatinya lebih berselera, kita pun rasa puas. Hidangan yang enak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan seperti Che Mat dan Maggi®Cukuprasa™. Oh yea, lupa nak cerita, Otak-Otak Ala Nyonya tu kan, rasa dia…Lazat berganda gara-gara Maggi®Cukuprasa™!

Ingin mencuba Otak-Otak Ala Nyonya?....Jommm kita intai resipinya…

BAHAN - BAHANNYA :-)
300 gram isi ikan tenggiri, cincang halus
8 - 10 helai daun kaduk, cuci dan lap kering
2 helai daun limau purut, hiris halus
1 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar penuh gula
3/4 camca besar Maggi®Cukuprasa™
3/4 camca besar serbuk ketumbar
3 camca besar kelapa parut, tumbuk lumat
5 camca besar pati santan
1 camca besar penuh tepung ubi
1 biji telur
8 helai daun pisang berukuran 18cm X 20cm, cuci dan lap kering
Lidi sate secukupnya

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
5 biji buah keras, hiris
1 inci kunyit hidup
1 biji cili merah
10 tangkai cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas sekejap, toskan
Sebesar ibu jari, belacan, dibakar

otak2 ala nyonya4

CARA MEMBUATNYA - 
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam non-stick pan. Tumis bahan-bahan kisar halus hingga wangi dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan gula, serbuk ketumbar dan Maggi®Cukuprasa™, kacau rata dan masak sekejap. Matikan api dan sejukkan.
  2. Masukkan isi ikan tenggiri ke dalam mangkuk. Tambah santan, telur, tepung ubi, bahan-bahan dari no. 1 dan kelapa parut yang telah ditumbuk tadi. Gaul hingga semua rata dan sebati. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit, kacau rata dan ketepikan.
  3. Ambil sehelai daun pisang, sapu sedikit minyak masak atasnya, alas dengan 1 atau 2 helai daun kaduk. Sudukan 2 camca besar adunan otak-otak, ratakan dan bungkuS seperti membuat lepat pisang. Sematkan hujung kiri dan kanannya dengan lidi sate, kemaskan. Buat hingga siap.
  4. Panaskan alat pemanggang (sama ada bara api atau non-stick pan), sapu sedikit minyak dan panggang atau bakar otak-otak dengan api kecil, 5 - 6 minit untuk setiap bahagian. Balik-balikkan otak-otak agar masak sekata. Boleh hidangkan....Selamat mencuba!!


4 comments:

Nina Mirza said...

Aduh..... menyelerakan... nina pun setuju, dengan Maggi Cukup Rasa menambah kesedapan dalam Masakan.

kindhearty said...

Heee... memang pro... Bolehla try amik idea sikit-sikit dari sini :) Terima kasih.

hamelia sunita Hamid said...

sedapnye..tq for the recipe

shaizhar abu bakar said...

enak ! selamat mencuba ye tuan2 dan puan2. eh! macam duta promosi pulak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.